Select your language

Usahawan Makan Gaji

Penulis
Eruwan Gerry Norsen

Terbitan
Petaling Jaya: True Wealth Sdn. Bhd., 2015. 140 Muka Surat.

Ulasan oleh Siti Alimah Binti Awang Saleh, Perpustakaan Negeri Sabah, Cawangan Sandakan

Boleh dikatakan sebahagian daripada kita yang bekerja sepenuh masa masih lagi dibelenggu dengan masalah kewangan. Pada masa kini, segala-galanya memerlukan wang. Senario ini memberikan tekanan kepada semua lapisan masyarakat sama ada yang mempunyai pekerjaan tetap sepenuh masa mahupun mereka yang masih menuntut atau belum memiliki pekerjaan yang tetap. Selalunya perkara utama yang amat sedikit meningkat ialah gaji sebagai seorang pekerja tetap.

Mungkin ada pihak yang mempertikaikan mengapa perlu seseorang yang sudah memiliki pekerjaan sepenuh masa masih lagi ingin mencari cara untuk menjana pendapatan tambahan pada setiap bulan?

Dalam buku ini  mempunyai jawapan terhadap persoalan tersebut. Menurut penulis, wang tambahan diperlukan agar kita boleh mencapai segala impian. Penulis buku ini merupakan  seorang pakar usahawan Internet di Malaysia telah diiktiraf oleh Pakar Kewangan #1 Malaysia. Beliau telah menghasilkan empat buah buku mengenai perniagaan Internet yang telah meletup di pasaran Malaysia seperti Buku Rahsia Raja Lelong, Secrets of the Lelong King, Rahsia Jutawan Lelong dan juga Awas! Trik Penipu eBay.   Beliau juga adalah usahawan makan gaji yang memiliki pengalaman luas dalam membina perniagaan sambil bekerja.

Tujuan utama buku ini dihasilkan adalah untuk memberi peluang kepada orang yang bekerja sepenuh masa dalam sektor awam atau swasta untuk menjana wang tambahan melalui Internet. Penulis turut menerangkan Bisnes Internet amat berbeza berbanding bisnes konvensional kerana dalam bisnes konvensional, jika kedai tidak dibuka, maka tiada keuntungan untuk hari tersebut. Tetapi dalam bisnes Internet, boleh menjana wang 24 jam sehari, 7 hari seminggu dan 365 hari setahun tanpa perlu keluar bekerja. Hampir kesemuanya boleh kita automasikan dengan menggunakan pelbagai teknologi Internet yang wujud pada masa kini.

Buku yang bertajuk Usahawan Makan Gaji  ini sangat menarik kerana buku ini  adalah perkongsian pengalaman sebenar penulis sendiri.  Beliau juga merupakan seorang yang bekerja makan gaji selama bertahun-tahun dan berjaya menghasilkan pendapatan lumayan melalui bisnes internet secara sambilan.

Dalam buku ini, penulis telah menyingkap rahsia bagaimana menjana pendapatan secara konsisten melalui Internet tanpa perlu keluar rumah. Penulis turut menyediakan panduan lengkap langkah demi langkah, strategi, pengurusan masa dan perkongsian tip-tip  tindakan untuk mencapai kejayaan yang diimpikan.

Buku ini amat sesuai dibaca oleh semua lapisan masyarakat kerana bahasa yang digunakan mudah difahami.  Untuk mengetahui lebih lanjut lagi buku ini, sila dapatkan buku tersebut di Perpustakaan Negeri Sabah yang berdekatan dengan anda atau lawati laman sesawang www.library.sabah.gov.my atau hubungi 088-231623, 214828 atau 256192 untuk mengetahui ketersediaan buku tersebut.

Ulasan Buku

Arkib

Pengarang Tempatan Kami

Mutiara Kata

"Membaca adalah alat paling dasar untuk meraih hidup yang baik." - Joseph Addison

Waktu Operasi Ibu Pejabat

Tutup Pada Cuti Umum, Kecuali Perpustakaan Tanjung Aru

088-214828, 231623 Faks: 088-270151
hq.ssl@sabah.gov.my
Jalan Tasik, Off Jalan Maktab Gaya, Locked Bag 2023, 88300 Luyang, Kota Kinabalu, Sabah, Malaysia.