Select your language

Perayaan Deepavali ataupun Diwali adalah perayaan terbesar oleh semua kaum Hindu, Sikh dan Buddha di seluruh dunia. Perayaan ini disambut pada bulan Oktober atau November setiap tahun yang akan berlangsung selama lima hari. Beberapa majlis khas yang mereka lakukan pada perayaan Deepavali.

Pada hari pertama yang dipanggil Dhanteras, mereka akan membersihkan rumah dan kuil serta menyalakan lilin dan Diyas. Mereka mempunyai kepercayaan yang kuat bahawa pencahayaan bertujuan untuk menjemput dewa nasib baik. Pada hari kedua, mereka menghiasi dalam dan luar rumah mereka dengan perhiasan dan rangolis yang berwarna-warni.  

Hari ketiga adalah hari utama perayaan yang dipanggil Lakshmi Puja. Semua masyarakat Hindu akan berkumpul bersama keluarga mereka dan melakukan doa khas yang dipanggil upacara puja. Selepas upacara puja, mereka akan meraikan bunga api bersama-sama.  Kaum Hindu percaya bahawa bunyi dan cahaya bunga api di langit dapat mengusir roh-roh jahat. Mereka juga akan mengadakan jamuan makan bersama-sama.

Pada dua hari yang terakhir, mereka akan meluangkan masa bersama keluarga, kawan-kawan dan saudara mara. Mereka akan saling bertukar hadiah antara satu sama lain sebagai upacara istimewa. Hari yang terakhir iaitu dipanggil Bhai Duj merupakan hari untuk meraikan ikatan antara adik-beradik lelaki dan perempuan.  Saudara lelaki biasanya melawat saudara perempuan mereka dan saudara perempuan akan mendoakan saudara lelakinya, kemudian menyuapkan  makanan dengan menggunakan tangan. Ini adalah bermaksud untuk melindungi saudara lelaki mereka dari musuh dan kuasa-kuasa kejahatan.

Deepavali adalah masa untuk berbahagia bersama keluarga dan kawan-kawan seperti perayaan-perayaan lain

Ulasan Buku

Arkib

Pengarang Tempatan Kami

Mutiara Kata

"Membaca semua buku yang bagus layaknya sebuah percakapan dengan pemikiran terbaik di abad-abad sebelumnya." - Rene Descartes

Waktu Operasi Ibu Pejabat

Tutup Pada Cuti Umum, Kecuali Perpustakaan Tanjung Aru

088-214828, 231623 Faks: 088-270151
hq.ssl@sabah.gov.my
Jalan Tasik, Off Jalan Maktab Gaya, Locked Bag 2023, 88300 Luyang, Kota Kinabalu, Sabah, Malaysia.