Select your language

"Di mana, selama ini, titik permulaan hak asasi manusia sejagat bermula? Di kawasan kecil, berdekatan – yang sangat dekat dan kecil sehingga tidak dapat dilihat di mana-mana pada peta dunia. [...] Sekiranya hak-hak asasi manusia ini bermakna di sesebuah kawasan, hak-hak tersebut tidak ada makna di kawasan lain. Tanpa tindakan rakyat bersatu untuk menegakkannya, kita akan melihat kemajuan dunia yang sia-sia." - Eleanor Roosevelt

Hari Hak Asasi Manusiasetiap 10 Disember, adalah hari untuk kita meraikan hak asasi dan kebebasan asas kita. Ia juga merupakan hari untuk memperingati tahun 1948 apabila Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu mengguna pakai Deklarasi Hak Asasi Manusia Sejagat (Sebuah dokumentasi yang menyatakan hak yang tidak dipisahkan dengan manusia – tanpa mengira bangsa, warna, agama, jantina, bahasa, politik atau pendapat lain, asal usul kebangsaan atau sosial, harta, kelahiran atau status lain).

Menurut Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), tema “Youth Standing Up for Human Rights” pada tahun ini bertujuan untuk meraikan potensi belia sebagai agen perubahan, melantangkan suara mereka, dan penglibatan secara global dalam mempromosikan dan melindungi hak-hak mereka. Penyertaan anak muda adalah sangat penting dalam mencapai pembangunan yang mampan, terutamanya dalam membuat keputusan. Mereka juga memainkan peranan penting dalam membawa perubahan positif kepada dunia dengan idea yang kreatif dan inovatif serta jalan penyelesaian mereka. Oleh itu, menegakkan hak dan memberi mereka kuasa untuk mengetahui dan menuntut hak-hak mereka akan menjana faedah di seluruh dunia.

 

Ulasan Buku

Arkib

Pengarang Tempatan Kami

Mutiara Kata

"Membaca semua buku yang bagus layaknya sebuah percakapan dengan pemikiran terbaik di abad-abad sebelumnya." - Rene Descartes

Waktu Operasi Ibu Pejabat

Tutup Pada Cuti Umum, Kecuali Perpustakaan Tanjung Aru

088-214828, 231623 Faks: 088-270151
hq.ssl@sabah.gov.my
Jalan Tasik, Off Jalan Maktab Gaya, Locked Bag 2023, 88300 Luyang, Kota Kinabalu, Sabah, Malaysia.