![]() |
Kenali Kathirina Susanna TatiTempat Lahir : Kota Kinabalu, Sabah |
Tentang Pengarang
Mula meminati bidang penulisan sejak dari bangku sekolah dan kini merupakan penulis yang menyerlah dalam arena kesusasteraan tanahair. Karyanya pernah diterbitkan oleh ITBM dan DBP selain tersiar dalam khabar tempatan. Beliau pernah mendapat anugerah Hadiah Sastera Sabah pada 1996/1997 dan mendapat naib johan dalam Pertandingan Menulis Novel anjuran Lembaga Kebudayaan Negeri Sabah pada tahun 2012 melalui novelnya yang berjudul “Vusak Putih”. Selain itu, cerpen beliau bertajuk “Bubuk” terpilih memenangi Pertandingan Menulis Cerpen anjuran Perbadanan Pembangunan Ekonomi Sabah (SEDCO), BAHASA dan New Sabah Times pada tahun 2014. Cerpennya berjudul “Tangis Buliga” juga telah terpilih dalam antologi cerpen Malaysia-Taiwan dan puisi “Pelangiku” terpilih dalam antologi puisi Malaysia-Chennai. Sebagai seorang penulis Sabah, Kathirina cuba mengetengahkan unsur-unsur kebudayaan masyarakat Sabah dalam karya-karyanya.