Select your language

 

Meet Junaidah Parudin

Hometown/ Place of Birth: Sandakan, Sabah

Tentang Junaidah Parudin

Junaidah Parudin, atau nama penanya Azridah PS Abadi, berasal dari Sandakan, Sabah dan berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Pengajaran dengan Kepujian daripada Universiti Sabah. Kini bertugas sebagai guru di Sekolah Kebangsaan Sri Tanjung Papat 2, Sandakan, beliau mendapat bimbingan dalam bidang penulisan melalui Bengkel Penulisan Kreatif yang dianjurkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka Sabah pada tahun 1987. Mula menulis pada 1994, cerpen beliau mendapat tempat pertama dalam Pertandingan Menulis Cerpen di Maktab Perguruan, Sandakan. Cerpen dan puisi beliau banyak disiarkan di Utusan Borneo, New SabahTimes, Berita Harian, Dewan Sastera, Wadah, serta Majalah URTV. Beliau pernah menghasilkan dua buah skrip sandiwara radio untuk RTM Sandakan pada 1996. Puisi-puisi beliau termuat antaranya dalam Antologi Puisi ‘Kelarai’ terbitan Kalam Nurani (2012), ‘Suara 5 Negara’ terbitan Tuas Media (2012), ‘Ketika Gaza Penyair Membantah’, terbitan Media Karya (2012), ‘Gema Gemala’ terbitan GAPENA (2013), MH 370 (2014) dan ‘Nyala Api dalam Dada’ terbitan ITBM (2014).

Cerpen-cerpen beliau pula termuat dalam Antologi Cerpen ‘Di Atas Kapal Nederland’ terbitan Tuas Media (2012) dan ‘Nyiur Gading Tinggi Menjulang’ terbitan Iris Publishing and Distributor (2014). Cerpen beliau yang bertajuk ‘Seberkas Harap’ telah memenangi Hadiah Penghargaan ‘Hadiah Sedco-NST-Bahasa’ pada 2012, manakala pada 2013, novel beliau yang bertajuk ‘Rintis-rintis Harapan’ berjaya memenangi Hadiah Sagu Hati Sayembara Menulis Novel Remaja anjuran DBP Sabah pada 2013. Beliau juga pernah memenangi Hadiah Sastera Sabah, 2015-2016 melalui cerpen ‘Emas Kayangan’.

 


 

Buku-buku oleh Junaidah Parudin

Ulasan Buku

Arkib

Pengarang Tempatan Kami

Mutiara Kata

"Membaca semua buku yang bagus layaknya sebuah percakapan dengan pemikiran terbaik di abad-abad sebelumnya." - Rene Descartes

Waktu Operasi Ibu Pejabat

Tutup Pada Cuti Umum, Kecuali Perpustakaan Tanjung Aru

088-214828, 231623 Faks: 088-270151
hq.ssl@sabah.gov.my
Jalan Tasik, Off Jalan Maktab Gaya, Locked Bag 2023, 88300 Luyang, Kota Kinabalu, Sabah, Malaysia.