Select your language

 

Kenali Ramlee Awang Murshid

Tempat lahir: Papar, Sabah

Tentang Ramlee Awang Murshid

Beliau pernah melibatkan diri dalam teater sejak zaman remaja lagi dan banyak memainkan peranan sebagai seorang pengarah, penulis dan juga pelakon. Beliau juga pernah berkhidmat sebagai wartawan RTM lebih 20 tahun bermula pada tahun 1986. Tugasan kewartawanan ada kalanya membawa Ramlee menjelajah ke pelbagai negara dan menjadi penyumbang besar terhadap karya-karyanya. Sebahagian hasil tulisannya yang berlatarkan negara luar seperti Jepun adalah diinspirasikan daripada pengalamannya.

Dalam dunia penulisan, Ramlee terkenal sebagai novelis seram dan sudah empat kali memenangi sayembara penulisan yang antaranya melalui kejayaan novel Pei Pan yang diiktiraf sebagai pemenang kedua Hadiah Sako bagi Novel Nasional 2002. Pelajar terbaik komunikasi Massa 2000 UKM ini menyifatkan kejayaan Pei Pan meninggalkan kenangan paling manis kepadanya kerana beliau merupakan penulis pertama dari Sabah yang meraih kemenangan bagi hadiah tersebut. Beliau juga pernah menerima Watikah Penghargaan Khas daripada UKM pada tahun 2001 dan merupakan Pelajar Terbaik Keseluruhan Pusat Pengajian Media dan Komunikasi (2002).

Ramlee telah menghasilkan banyak novel, antaranya ialah Tombiruo, Ranggau, Mandatori, Satu Janji, A.D.A.M, Semangat Hutan dan Rahsia Perindu. Beliau banyak mempertaruhkan elemen seram dan seram ngeri dalam novelnya hingga mendapat julukan sebagai penulis novel thriller. Novel Bagaikan Puteri dinobatkan sebagai pemenang Anugerah Sastera Negeri Sabah dan sambutan daripada peminat menyebabkan dia teruja menyambung novel terbabit sehingga lahir trilogi Bagaikan Puteri, Cinta Sang Ratu dan Hijab Sang Pencinta.

Adaptasi filem untuk salah satu daripada karyanya iaitu Tombiruo merupakan filem di bawah kerjasama penerbitan Astro Shaw, penerbit buku Karangkraf, Ideate Media dan syarikat penerbitan milik Ramlee sendiri, Layar Sunan. Filem tersebut telah ditayangkan pada tahun 2017.

Pendidikan
- Sekolah Rendah Kapayan Kota Kinabalu (1974-1979)
- Sekolah Menengah Maktab Sabah (Dikenali juga dengan nama Sabah College) (19801984)
- Sijil Komunikasi Universiti Kebangsaan Malaysia (1999-2000)
- Sarjana Muda Sastera dengan Kepujian dalam Komunikasi, Universiti Kebangsaan Malaysia

 

 


 

Buku oleh Ramlee Awang Murshid

Ulasan Buku

Arkib

Pengarang Tempatan Kami

Mutiara Kata

"Membaca semua buku yang bagus layaknya sebuah percakapan dengan pemikiran terbaik di abad-abad sebelumnya." - Rene Descartes

Waktu Operasi Ibu Pejabat

Tutup Pada Cuti Umum, Kecuali Perpustakaan Tanjung Aru

088-214828, 231623 Faks: 088-270151
hq.ssl@sabah.gov.my
Jalan Tasik, Off Jalan Maktab Gaya, Locked Bag 2023, 88300 Luyang, Kota Kinabalu, Sabah, Malaysia.