Select your language

Tahukah anda bahawa 1 Oktober adalah Hari Warga Emas Sedunia seperti yang ditetapkan oleh Perhimpunan Agung Bangsa-bangsa Bersatu pada 14 Disember 1990?

Hampir 700 juta orang dilaporkan berusia lebih 60 tahun, dimana Asia merekod jumlah warga emas yang terbesar. Selaras dengan ini, perhatian yang lebih tinggi perlu diberi terhadap keperluan dan cabaran yang dihadapi oleh kebanyakan warga emas. Turut dititikberatkan adalah bagaimana untuk memastikan sumbangan berterusan daripada warga emas tersebut kepada masyarakat. Oleh kerana hak asasi manusia adalah teras bagi semua usaha ini, tema pada tahun ini adalah “The Journey to Age Equality”.

Pihak perpustakaan memberi sokongan kepada kesedaran mengenai warga emas dan kami menyenaraikan judul-judul yang tersedia di bawah yang sedia untuk dipinjam. Ingin kami ingatkan kepada semua untuk sentiasa menghargai golongan warga emas dan agar tidak pernah lupa akan sumbangan mereka kepada kita secara peribadi, dan masyarakat secara keseluruhan.

Selamat Menyambut Hari Warga Emas Sedunia kepada semua warga emas.

Koleksi eBook Kami 

Ulasan Buku

Arkib

Pengarang Tempatan Kami

Mutiara Kata

"Membaca semua buku yang bagus layaknya sebuah percakapan dengan pemikiran terbaik di abad-abad sebelumnya." - Rene Descartes

Waktu Operasi Ibu Pejabat

Tutup Pada Cuti Umum, Kecuali Perpustakaan Tanjung Aru

088-214828, 231623 Faks: 088-270151
hq.ssl@sabah.gov.my
Jalan Tasik, Off Jalan Maktab Gaya, Locked Bag 2023, 88300 Luyang, Kota Kinabalu, Sabah, Malaysia.