Select your language

Kenali Awang Abdul Muizz bin Awang Marusin

Tentang Awang Abdul Muizz bin Awang Marusin

Dilahirkan pada 13 Jun 1994 di Kota Kinabalu, Sabah. Seorang pensyarah di Institut Latihan Perindustrian, Kota Kinabalu sejak Disember 2021. Beliau juga merupakan pelajar ijazah Sarjana (Pengajian Perbadnan) di Universiti Malaysia Sabah sejak Februari 2018.

Beliau menamatkan pengajian di Universiti Isalam Antarabangsa Malaysia dengan memperolehi Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (Pengajaran Bahasa Arab Sebagai Bahasa Kedua). Belaiau pernah menjadi guru pelatih dan guru ganti di tiga buah Sekolah Rendah dan Menengah di Sabah dan Selangor. Sejurus beliau menyertai Perkhidmatan Pendidikan Persekutuan pada Oktober 2018, beliau menjadi guru di SMK Tansau, Penampang sehingga Disember 2021.

Beliau pertama kali menceburi bidang sastera pada tahun 2009. Sejak dari itu, berpuluh karya sastera beliau Berjaya diterbitkan dalam akhbar-akhbar tempatan Sabah. Beliau juga pernah berhasil menerbitkan sebuah makala akademik di dalam jurnal indeks antarabangsa kelolaan Universiti Kebangsaan Malaysia pada tahun 2018.

Beliau merupakan ahli Ikatan Penulis Sabah sejak Julai 2011 dan pernah menjadi wakil kehormatnya. Selain itu beliau juga merupakan ahli Liga Kesusateraan Islam Antarabangsa Malaysia sejak Disember 2016.


Ulasan Buku

Arkib

Pengarang Tempatan Kami

Mutiara Kata

"Orang yang tidak banyak membaca pasti tidak banyak tahu. Orang yang tidak banyak tahu sangat dekat dengan kebodohan. Dan kebodohan akan sangat dekat dengan kemiskinan." (Helmy Yahya).

Waktu Operasi Ibu Pejabat

Tutup Pada Cuti Umum, Kecuali Perpustakaan Tanjung Aru

088-214828, 231623 Faks: 088-270151
hq.ssl@sabah.gov.my
Jalan Tasik, Off Jalan Maktab Gaya, Locked Bag 2023, 88300 Luyang, Kota Kinabalu, Sabah, Malaysia.