Select your language


Tahun demi tahun, diabetes telah berkembang hampir dua kali ganda sejak tahun 1980, dengan peningkatan dari 4.7% ke 8.5% dalam kalangan populasi dewasa. Ini menunjukkan peningkatan dalam faktor risiko yang berkenaan seperti kenaikan berat badan atau obesiti. Diabetes merupakan salah satu punca utama penyakit yang menyebabkan buta, kegagalan buah pinggang, serangan jantung, strok dan amputasi bawah badan. Walau bagaimanapun, dengan mengamalkan diet yang sihat, aktiviti fizikal dan mengelakkan penggunaan tembakau boleh mencegah atau memperlahankan diabetes Jenis Kedua. Tambahan pula, diabetes boleh dirawat dan dicegah dengan ubat-ubatan, pemeriksaan berkala dan rawatan untuk implikasi.

Oleh itu, dalam tahun 2007 Perhimpunan Agung mendukung resolusi A/RES/61/225 memilih 14 November sebagai Hari Diabetes Sedunia. Ia bertujuan untuk mempromosi dan meningkatkan kesihatan manusia dan menyediakan akses kepada rawatan dan pendidikan kesihatan.

Untuk makluman, terdapat dua tahap Diabetes:

·     Diabetes Jenis Pertama (juga dikenali sebagai diabetes bersandar insulin atau diabetes awal remaja) dicirikan dengan kekurangan penghasilan insulin.

·     Diabetes Jenis Kedua (sebelum ini dipanggil diabetes tidak bersandar insulin atau diabetes awal dewasa) ini disebabkan oleh badan kurang efektif menggunakan insulin. Ia selalunya berpunca dari berat badan berlebihan dan kurang aktiviti fizikal.

Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai Diabetes

·     Fakta Mengenai Diabetes

 

Ulasan Buku

Arkib

Pengarang Tempatan Kami

Mutiara Kata

"Membaca semua buku yang bagus layaknya sebuah percakapan dengan pemikiran terbaik di abad-abad sebelumnya." - Rene Descartes

Waktu Operasi Ibu Pejabat

Tutup Pada Cuti Umum, Kecuali Perpustakaan Tanjung Aru

088-214828, 231623 Faks: 088-270151
hq.ssl@sabah.gov.my
Jalan Tasik, Off Jalan Maktab Gaya, Locked Bag 2023, 88300 Luyang, Kota Kinabalu, Sabah, Malaysia.