![]() |
Kenali Dr. Hjh. Siti Aidah Binti Haji Lukin@ Lokin Tempat lahir: Beaufort, Sabah Tahun Lahir: 1969 |
Tentang Dr. Hjh. Siti Aidah Binti Haji Lukin@Lokin
Berasal dari Beaufort Sabah, Dr. Hjh. Siti Aidah Binti Haji Lukin@ Lokin lahir pada 13 Disember 1969. Beliau memiliki Sarjana dalam bidang sejarah dan kini beliau merupakan Timbalan Dekan (Akademik) Pusat Penataran Ilmu dan Bahasa (PPIB) di Universiti Malaysia Sabah.
Antara salah satu terbitan hasil penyelidikan beliau adalah Sejarah dan Sosiobudaya Masyarakat Peribumi Sabah, dan merupakan penulis bagi buku Perubahan Sosioekonomi dan Pentadbiran Masyarakat Pribumi Sabah (1881-1963) yang diterbitkan oleh Unit Penerbitan, Universiti Malaysia Sabah. Di samping itu, beliau turut menulis pelbagai artikal yang berkaitan dengan Sosiobudaya Masyarakat Bisaya.
Dr. Hjh. Siti Aidah Binti Haji Lukin @ Lokin juga membentangkan kertas kerja dalam pelbagai seminar pada Peringkat Kebangsaan dan Antarabangsa. Beliau pernah menerima hadiah Sastera Sabah 1998/99 (Puisi) dan 2004/2005 (Esei dan Kritikan).