Select your language


Perkhidmatan rujukan ‘Live Chat’ baharu di laman web rasmi kami, 'Ask a Librarian' membolehkan pengguna untuk bertanya soalan kepada staff Ibu Pejabat Perpustakaan Negeri Sabah dalam format ‘real time chat’. 

Perkhidmatan ini tersedia pada hari dan masa berikut:

Isnin hingga Jumaat: 9.00 pagi hingga 9.00 malam
Sabtu dan Ahad: 9.00 pagi hingga 2.00 petang

Memulakan sesi ‘Live Chat’

Di sebelah kanan bawah skrin pelayar anda, terdapat ikon widget 'live chat' kami. Sila klik widget tersebut untuk memulakan sesi 'live chat' anda bersama staff kami.

Sebelum memulakan sesi ‘Live Chat’, sila lengkapkan maklumat peribadi anda dengan betul seperti yang diperlukan dalam borang 'Ask a Librarian'.
Maklumat ini amat berguna kepada pustakawan kami untuk membolehkan kami memberikan anda perkhidmatan terbaik.

Susulan Luar Talian (Offline)

Kakitangan rujukan kami akan menghantar sebarang maklumat susulan melalui e-mel ke alamat e-mel yang telah anda berikan sebelum anda memulakan sesi sembang ataupun akan terus menghubungi anda melalui nombor telefon yang telah anda berikan.

Sokongan teknikal

Sekiranya anda mempunyai sebarang masalah teknikal semasa menggunakan perkhidmatan “Ask a Librarian” , sila hantar soalan anda melalui emel kepada Webmaster  kami, dan jawapan akan diberi dalam tempoh tiga hari bekerja.

Masalah Komunikasi: Digital dan Verbal

Waktu tengah hari masa yang sibuk di Internet pada umumnya, dan juga di dalam Perpustakaan. Ini menyebabkan kelewatan pustakawan dalam menjawab sesi ‘Live Chat’ soalan anda. Ini seringkali disebabkan oleh tahap trafik yang tinggi di Internet sementara pada masa-masa lain, pustakawan yang anda cuba hubungi sedang berbual dengan beberapa pengguna sekaligus. (Pustakawan lazimnya akan memberitahu pengguna apabila ini berlaku).

Pengguna juga seringkali akan membuka beberapa sesi ‘Live Chat’ sekaligus. Jika anda mendapati anda telah membuka beberapa sesi sembang, sila pilih hanya satu sesi untuk diberi tumpuan dengan menutup sesi ‘Live Chat’ yang lain.

Ulasan Buku

Arkib

Pengarang Tempatan Kami

Mutiara Kata

"Membaca semua buku yang bagus layaknya sebuah percakapan dengan pemikiran terbaik di abad-abad sebelumnya." - Rene Descartes

Waktu Operasi Ibu Pejabat

Tutup Pada Cuti Umum, Kecuali Perpustakaan Tanjung Aru

088-214828, 231623 Faks: 088-270151
hq.ssl@sabah.gov.my
Jalan Tasik, Off Jalan Maktab Gaya, Locked Bag 2023, 88300 Luyang, Kota Kinabalu, Sabah, Malaysia.