Select your language

 

Pada setiap 22 April, Hari Bumi disambut untuk meningkatkan kesedaran tentang kepentingan untuk melindungi dan memelihara alam semulajadi. Hari Bumi 2020 menandakan ulang tahun yang ke-50 dengan tema "Climate Action" dan untuk pertama kalinya, ia akan diraihkan secara digital kerana wabak coronavirus. Earth Day Network telah memutuskan bahawa semua aktiviti akan dijalankan secara digital di mana mereka menggalakkan orang ramai di seluruh dunia untuk menyertai mereka selama 24 jam dalam mobilisasi digital global yang mendorong tindakan, dan memberikan platform untuk pelbagai suara serta tuntutan untuk orang ramai dan planet ini. Ulang tahun Hari Bumi yang ke-50 ini akan mengisi landskap digital dengan perbualan global, panggilan untuk membuat tindakan, persembahan, dan banyak lagi, yang sebenarnya memudahkan orang ramai untuk melibatkan diri mereka walaupun harus kekal berada di dalam rumah dan mengamalkan penjarakkan sosial.

Jadi, apa lagi yang boleh anda lakukan untuk meraihkan Hari Bumi tahun 2020? Daripada menjejakkan kaki ke luar rumah pada tahun ini, anda boleh berkongsi berita dan statistik berkaitan iklim dan bumi di media sosial anda dengan menggunakan hashtag #EarthDay2020 dan mengikuti platform media sosial rasmi Earth Day Network di Twitter kerana mereka akan berkongsi banyak maklumat mengenai Hari Bumi. Selain daripada itu, anda juga boleh mengambil dan berkongsi gambar pokok atau bunga yang anda suka, berkongsi foto alam semula jadi yang digambar oleh orang lain, dan mempromosikan taman atau lokasi yang mempunyai pemandangan alam semula jadi yang menakjubkan. Walaupun dengan berada di dalam rumah, anda boleh membuat kelainan dan membantu menyelamatkan Bumi kita.

Ulasan Buku

Arkib

Pengarang Tempatan Kami

Mutiara Kata

"Membaca semua buku yang bagus layaknya sebuah percakapan dengan pemikiran terbaik di abad-abad sebelumnya." - Rene Descartes

Waktu Operasi Ibu Pejabat

Tutup Pada Cuti Umum, Kecuali Perpustakaan Tanjung Aru

088-214828, 231623 Faks: 088-270151
hq.ssl@sabah.gov.my
Jalan Tasik, Off Jalan Maktab Gaya, Locked Bag 2023, 88300 Luyang, Kota Kinabalu, Sabah, Malaysia.