![]() |
Kenali Juri Durabi Tempat lahir: Kampung Kusilad, Pitas Tahun Lahir: 1961 |
Tentang Juri Durabi
Juri Durabi mendapat pendidikan awal di Sekolah Kerajaan Kampung Kusilad, Pitas dan Sekolah Menengah Abdul Rahim, Pekan Kudat. Menceburi dunia penulisan dalam genre novel, cerpen dan puisi, karya beliau sering tersiar di beberapa akhbar utama Negara seperti Majalah Wadah, Dewan Sastera, Jendela Sabah dan Bahana (Brunei Darussalam). Sejak di tingkatan satu, beliau sering membaca karya yang tersiar di akhbar Sabah Times, dan minat untuk menulis timbul setelah membaca karya Allahyarham R. Hamzah II dan Shafiee Hj. Mukeri. Beliau banyak membaca karya sasterawan Negara dan penulis-penulis tersohor tanahair. Pada tahun 1984, beliau mula menghasilkan karyakaryanya. Juri Durabi tercatat sebagai salah seorang penulis yang banyak memenangi Hadiah Sastera Sabah.