Select your language

31 Ogos merupakan tarikh yang sangat penting bagi semua rakyat Malaysia. Tahun ini, negara kita akan menyambut ulang tahun ke-64, dengan tema ‘Malaysia Prihatin’, sama seperti tahun lepas. Seperti yang kita sedar, Malaysia masih lagi dalam usaha memerangi wabak COVID-19. Oleh itu, Hari Kebangsaan tahun ini akan disambut secara sederhana dan tidak akan melibatkan kehadiran fizikal orang ramai. Namun, kita tidak boleh membiarkan COVID-19 melemahkan semangat Hari Kebangsaan untuk menyatakan rasa cinta dan patriotisme kita kepada negara. Marilah kita terus bersatu sebagai satu negara yang kuat dan menjalankan tanggungjawab kita sebagai rakyat Malaysia untuk memutuskan penularan wabak Covid-19 dengan memberi kerjasama mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP) seperti yang ditetapkan oleh kerajaan. 

Berikut adalah senarai aktiviti-aktiviti yang boleh anda lakukan di rumah untuk meraikan Hari Kebangsaan Malaysia 2021:

  1. Kibarkan Bendera ‘Jalur Gemilang’ di luar rumah anda.
  2. Masak hidangan Malaysia untuk seisi keluarga.
  3. Tonton filem patriotik atau filem Malaysia bersama keluarga.
  4. Ikuti lawatan maya di MinNature Malaysia bersama-sama pengasasnya Cheng Huat, yang berlangsung pada 31 Ogos hingga 16 September 2021 dimana penonton akan dibawa melihat pemandangan yang menakjubkan dalam bentuk miniatur yang kaya dengan sejarah dan budaya Malaysia yang pelbagai. Sila layari Minniature untuk mengetahui lebih lanjut.
  5. Baca buku mengenai sejarah Malaysia. 

Kami berharap aktiviti-aktiviti tersebut dapat membangkitkan semangat patriotik anda dan dengan kekal berada di rumah, anda menyumbang kepada pemulihan negara kita menentang wabak pandemik Covid-19. Selamat Hari Kebangsaan 2021, Malaysia!

Ulasan Buku

Arkib

Pengarang Tempatan Kami

Mutiara Kata

"Membaca semua buku yang bagus layaknya sebuah percakapan dengan pemikiran terbaik di abad-abad sebelumnya." - Rene Descartes

Waktu Operasi Ibu Pejabat

Tutup Pada Cuti Umum, Kecuali Perpustakaan Tanjung Aru

088-214828, 231623 Faks: 088-270151
hq.ssl@sabah.gov.my
Jalan Tasik, Off Jalan Maktab Gaya, Locked Bag 2023, 88300 Luyang, Kota Kinabalu, Sabah, Malaysia.