Select your language

 

Kenali Hajah Sitti Hadiah Haji Abd Mutalib

Tempat lahir: Semporna

Tahun Lahir: 1961

Tentang Hajah Sitti Hadiah Haji Abd Mutalib

Hajah Sitti Hadiah Haji Abd Mutalib mendapat pendidikan awal di SK. Bum Bum pada tahun 1968-1973, dan pernah bersekolah di SMK Abdullah pada tahun 1974-1978 dan SMK Menggatal Kota Kinabalu pada tahun 1979-1980.

Beliau melanjutkan pelajarannya ke Universiti Malaya Kuala Lumpur pada tahun 1981-1984 dalam Ijazah Sarjana Muda dalam Sastera (Kepujian). Setelah tamat belajar, beliau mula bertugas di Dewan Bahasa Dan Pustaka Cawangan Sabah pada tahun 1985.

Hajah Sitti Hadiah Haji Abd Mutalib mula berkembang dalam bidang penulisan sejak dibangku sekolah. Karya-karya beliau pernah termuat dalam Antologi Puisi Islam terbitan DBP Sabah dan Majlis Ugama Islam Sabah (MUIS) seperti Kekasih (1987), Ujana Laut Ujana Hati (1989), Hadiah Hari Lahir (1990), Jalan ke Hujung Taman (1991), Al Kahfi (1992), Kiswah Rindu (1993), Mujaddid (1997), Rindu Ilahi (1994), Antologi Puisi Sempena Hari Puisi Nasional iaitu Titian Rindu (1987) dan Gema Membelah Gema (1989), Antologi Puisi bersama Dialog Borneo iaitu Perkasihan Musim (1992), Nafas Utara Borneo (1994) dan Peta Seniman (1998).

Cerpen-cerpen beliau termuat dalam Angin Dari Timur (DBP 1993) , Fenomena (DBP 1992), Mimpi Resah (Fajar Baki 1995), Hikmah (DBP 1995), Mustika Diri (DBP 1994), Sejambak Bunga Emas (DBP 2002) sempena 25 tahun DBP Cawangan Sabah dan Sarawak, dan beberapa lagi. Karya beliau juga tersiar di suratkhabar tempatan seperti Sabah Times, Harian Ekspres, Borneo Mail,Harian Mercu, Majalah Wadah, Bahana dan Fantasi. Selain itu, beliau pernah membentangkan kertas kerja ketika Dialog Borneo pada 01/01/1997 di Miri Sarawak, Dialog V pada tahun 2011 di Sipitang dan dalam Bengkel Tradisi Lisan DBP di Genting Highland, Pahang pada 05/07/2000.

 


 

Buku oleh Hajah Sitti Hadiah Haji Abd Mutalib

Ulasan Buku

Arkib

Pengarang Tempatan Kami

Mutiara Kata

"Membaca semua buku yang bagus layaknya sebuah percakapan dengan pemikiran terbaik di abad-abad sebelumnya." - Rene Descartes

Waktu Operasi Ibu Pejabat

Tutup Pada Cuti Umum, Kecuali Perpustakaan Tanjung Aru

088-214828, 231623 Faks: 088-270151
hq.ssl@sabah.gov.my
Jalan Tasik, Off Jalan Maktab Gaya, Locked Bag 2023, 88300 Luyang, Kota Kinabalu, Sabah, Malaysia.