A- A A+


Keganasan terhadap wanita dan gadis adalah amat meluas, berterusan dan dahsyat dalam pelanggaran hak asasi manusia. Disebabkan berlaku sewenang-wenangnya, berasa malu dari sekeliling, senyap dan stigma, pelanggaran hak ini kekal tidak dilaporkan di dunia pada masa kini. Pelanggaran ini hadir dalam bentuk fizikal, seksual dan psikologikal, seperti pencabulan dan penderaan seksual, pemerdagangan manusia, keganasan pasangan dan pernikahan kanak-kanak. Keganasan terhadap wanita adalah salah satu masalah dalam mencapai kesaksamaan, kemajuan, keamanan dan juga sebagai memenuhi kehendak terhadap hak asasi wanita dan gadis.

Pada tahun 1993, perhimpunan agung Majlis Bangsa-Bangsa Bersatu telah menjelaskan Deklarasi Penghapusan Keganasan Terhadap Wanita ditakrifkan sebagai “sebarang tindakan keganasan berdasarkan jantina yang menyebabkan atau boleh menyebabkan kecederaan fizikal, seksual atau psikologikal atau kesengsaraan kepada wanita, termasuk tindakan ugutan, paksaan atau kurang kebebasan, samada berlaku di tempat awam atau dalam kehidupan peribadi. Dan juga, keganasan berdasarkan jantina boleh berlaku kepada sesiapa dan di mana sahaja.

Dalam tahun 1979, perhimpunan agung Majlis Bangsa-Bangsa Bersatu telah menerima pakai Konvensyen Penghapusan Sebarang bentuk Diskriminasi terhadap Wanita (CEDAW). Konvensyen tersebut tidak berjalan dengan lancar seperti yang dirancang dan kekal menjadi masalah di seluruh dunia. Oleh itu, Perhimpunan Agung Majlis Bangsa-Bangsa Bersatu telah mengeluarkan resolusi kepada keganasan berdasarkan jantina di seluruh dunia. Menjelang 2008, satu lagi inisiatif telah dilancarkan yang dinamakan UniTE untuk menamatkan keganasan terhadap wanita. Projek ini bertujuan untuk meningkatkan kesedaran dan menamatkan keganasan tehadap gadis di seluruh dunia. Kesatuan Eropah dan Majlis Bangsa-Bangsa Bersatu telah melancarkan Spotlight Initiative pada tahun 2017 untuk menghapuskan segala bentuk keganasan terhadap wanita dan gadis.

Koleksi Buku Kami 

Koleksi eBook Kami 

Arkib

Pendapat anda mengenai laman web baru?

Waktu Operasi Ibu Pejabat

Tutup Pada Cuti Umum, Kecuali Perpustakaan Tanjung Aru

088-214828, 231623 Faks: 088-270151
hq.ssl@sabah.gov.my
Jalan Tasik, Off Jalan Maktab Gaya, Locked Bag 2023, 88300 Luyang, Kota Kinabalu, Sabah, Malaysia.