A- A A+

Kenali Aminah Sambion

Tempat lahir: Pitas, Sabah

Tentang Aminah Sambion

Aminah Sambion dilahirkan di Kampung Kanibongan, Pitas. Beliau memulakan persekolahan di Sekolah Rendah Kebangsaan Kinabongan dan kemudian melanjutkan pelajaran di Sekolah Menengah Kebangsaan Abdul Tahim, Pekan Kudat. Beliau berminat dalam dunia penulisan sejak di bangku sekolah lagi dan mula menghasilkan karya pada tahun 2020. Karyanya tersiar di Daily Express, Utusan Borneo dan majalah e-Kreatif yang diterbitkan oleh Badan Bahasa dan Sastera Sabah (BAHASA).

Aminah Sambion pernah mengikuti Bengkel Penulisan Cerita Rakyat anjuran BAHASA dan GAPENA, dan memenangi hadiah galakan sastera kreatif BAHASA 2021 anjuran Daily Express / BAHASA, dengan sajaknya yang berjudul ‘Sebuah Harapan’. Cerpen ‘Liku-liku Perjalanan’ merupakan cerpen pertamanya yang disiarkan di Daily Express. ‘Kumpulan Puisi Cerita Tentang Laut, Ilham Tercicir Di Kota Sepi’ merupakan kumpulan puisi pertama yang diterbitkan oleh beliau sendiri. Selain itu, dua buah cerpennya termuat dalam dua antologi cerpen yang masing-masing bertajuk ‘Parasit Kampung Kami’ dan ‘Kita Bukan Siapa-siapa’. Beliau juga merupakan ahli Badan Bahasa dan Sastera Sabah (BAHASA) Cawangan Pitas dan bercita-cita ingin menjadi penulis yang berjaya satu masa nanti.

 


 

Pengarang Tempatan Kami

Pendapat anda mengenai laman web baru?

Waktu Operasi Ibu Pejabat

Tutup Pada Cuti Umum, Kecuali Perpustakaan Tanjung Aru

088-214828, 231623 Faks: 088-270151
hq.ssl@sabah.gov.my
Jalan Tasik, Off Jalan Maktab Gaya, Locked Bag 2023, 88300 Luyang, Kota Kinabalu, Sabah, Malaysia.