Select your language

Kenali Mahmud Jahar 

Tentang Mahmud Jahar

Mahmud Jahar merupakan seorang pesara guru yang dilahirkan di Sandakan pada 11 April 1950.

Beliau berminat dalam Penulisan SAJAK sejak 1968. Karya beliau sering dimuat dalam akhbar-akhbar tempatan Sabah seperti New Sabah Times, Daily Express, Utusan Borneo dan akhbar arus perdana seperti Berita Mingguan termasuklah majalah Dewan Sastera dan Majalah Wanita.

Sepanjang berkarya, beliau telah menerima pelbagai penghargaan, antaranya sebagai penulis Prolifik Sandakan tahun 1983 dari Dewan Bahasa dan Pustaka Cawangan Sabah. Beliau juga merupakan antara pemenang menulis sajak anjuran Jabatan Kemajuan Isalam Malaysia (JAKIM) dan  Badan Bahasa Dan Sastera Sabah (BAHASA) bagi tahun  Julai 2018, 2019 dan 2020. Beliau masih aktif menulis dan pernah dipilih sebanyak dua kali sebagai penulis terbaik dalm acara SUNTIK di Sabah dengan kerjasama DBP Cawangan Sabah sepanjang tahun 2017/2018.

Selain itu beliau menerima anugerah Penulis Veteran Sabah tahun 2020 dan penerima anugerah Seni dan Sastera sempena Dasae Warga Emas Negara anjuran Jabatan Pendidikan Negeri Sabah.

Mahmud turut serta dalam lebih 10 antologi sajak bersama penulis-penulis lain antaranya antologi sajak Malaysia Dalam Puisi, perkasihan musim dan telah menerbitkan dua kumpulan sajak persendiriannya berjudul Sandakan dan kumpulan sajak berjudul DIA pada tahun 2020. Kini beliau masih menjadi ahli Badan Bahasa dan Sastera Sabah (BAHASA).


Ulasan Buku

Arkib

Pengarang Tempatan Kami

Mutiara Kata

"Orang yang tidak banyak membaca pasti tidak banyak tahu. Orang yang tidak banyak tahu sangat dekat dengan kebodohan. Dan kebodohan akan sangat dekat dengan kemiskinan." (Helmy Yahya).

Waktu Operasi Ibu Pejabat

Tutup Pada Cuti Umum, Kecuali Perpustakaan Tanjung Aru

088-214828, 231623 Faks: 088-270151
hq.ssl@sabah.gov.my
Jalan Tasik, Off Jalan Maktab Gaya, Locked Bag 2023, 88300 Luyang, Kota Kinabalu, Sabah, Malaysia.