Select your language

Kenali Asiah binti Aliszaman 

Tentang Asiah binti Aliszaman

Lahir di Kampung Mandangin, Membakut, Sabah. Memulai zaman persekolahan di SRK Kepayan, Kota Kinabalu dan menamatkan persekolahan di Sekolah Menengah SMK Likas, Kota Kinabalu. Selain meminati Sastera, beliau juga terlibat dalam Seni Lukis dan memilih aliran Seni Naif dan Doodle. Beliau juga merupakan ahli Persatuan Badan Bahasa Dan Sastera Sabah.

Cerpen beliau termuat dalam Antologi Bersama Mencari 40 Hari (2017), terbitan Iris. Puisi-puisi beliau juga termuat dalam pelbagai buku antologi bersana seperti Gema Membelah Gema 16 (2011), Kelarai (2012), Hitam Dan Putih )2013), MH370 (2014), Malim Gunung (2015), Mahua Berbisik, Cinta Wanita dan Maruah dan Bahtera Bahasa (Antologi Puisi Khas SempenaUlang Tahun Bahasa Ke-54). Buku antologi bersama berjudul Ibu (2014) dan Serumpun (2015) adalah buku yang diterbitkan di Depok, Jawa Barat, Indonesia. Buku Antologi bersama Menyimpul Sayang (2015) yang telah dilancarkan di Perpustakaan Singapura pada thaun 2017.

Novel pertama Mencari Tiara, Antologi Cerpen Bahtera Mawayla, Antologi Cerpen Ranjau Norma Baharu, Terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka Malaysia.


Ulasan Buku

Arkib

Pengarang Tempatan Kami

Mutiara Kata

"Kalau kamu hanya membaca buku yang dibaca semua orang, kamu hanya bisa berpikir sama seperti semua orang." - Haruki Murakami

Waktu Operasi Ibu Pejabat

Tutup Pada Cuti Umum, Kecuali Perpustakaan Tanjung Aru

088-214828, 231623 Faks: 088-270151
hq.ssl@sabah.gov.my
Jalan Tasik, Off Jalan Maktab Gaya, Locked Bag 2023, 88300 Luyang, Kota Kinabalu, Sabah, Malaysia.