![]() |
Kenali Mohd Amini Gawis Tempat lahir: Kota Belud, Sabah |
Tentang Mohd Amini Gawis
Mohd. Amini Gawis bekerja sebagai freelance journalist. Puisi awal beliau diterbitkan oleh DBP Cawangan Sabah. Beliau sering menulis dalam genre puisi, cerpen dan novel. Novel beliau berjudul 'Kabus Misteri' yang diterbitkan pada tahun 2018 menceritakan kisah misteri di sebalik kehilangan MH370 serta perjuangan orang yang terkesan menghadapi nasib anak-anak mereka yang hilang. Pada tahun 2010/2011, Mohd. Amini Gawis telah memenangi Hadiah Sastera Sabah dalam kategori puisi dan cerpen serta Hadiah Peraduan Menulis Puisi Islam. Beliau aktif dalam kegiatan sastera di dalam mahupun di luar negara. Beliau juga aktif dalam Badan Bahasa dan Sastera Sabah (BAHASA).