![]() |
Kenali David B. Sooning@ Suning (Langkawit) Tempat lahir: Kampung Kinasaraban, Kota Belud |
Tentang David B. Sooning@ Suning (Langkawit)
Beliau merupakan kakitangan kerajaan yang bertugas sebagai Pembantu Tadbir Kanan di Kementerian Kesihatan Malaysia. Kartun beliau diterbitkan di dalam akhbar Sabah Times pada tahun 1989. Karya pertama beliau diterbitkan pada tahun 1993, karya bersiri yang diterbitkan sepenuhnya dalam bahasa Dusun seterusnya dalam Bahasa Malaysia. Terdapat tiga koleksi utama buku yang beliau telah hasilkan iaitu buku kartun bersiri dalam bahasa dusun, buku kartun koleksi dalam bahasa dusun dan buku kartun koleksi/bersiri dalam bahasa Malaysia. Beliau juga pernah memenangi beberapa anugerah dan sering dijemput oleh Universiti Malaysia Sabah (UMS) untuk mengendalikan bengkel-bengkel khas dalam bahasa KadazanDusun.