A- A A+

Hari Kesedaran Autisme Sedunia disambut pada setiap 2 April untuk meningkatkan kesedaran tentang autisme, menggalakkan sokongan antarabangsa dan memberi inspirasi kepada individu. Selain itu, meningkatkan kesedaran autisme adalah untuk mewujudkan sebuah dunia yang penuh dengan kebaikan untuk menggalakkan pemahaman, penerimaan dan keterangkuman untuk autisme dalam masyarakat.

Tema untuk Hari Kesedaran Autisme Sedunia untuk tahun 2022 ialah "Inclusion in the Workplace" yang memberi peluang untuk kita memikirkan semula mengenai tempat kerja yang sepatutnya membawa kepelbagaian, keterangkuman dan kesaksamaan yang menghargai autisme termasuklah orang kelainan upaya. Hari Kesedaran Autisme Sedunia juga menekankan kepentingan untuk meningkatkan taraf hidup autisme agar mereka dapat mencapai potensi sepenuhnya dan dapat menyumbang kepada masyarakat.

Kita boleh meraikan hari Sedunia ini dengan meningkatkan kesedaran autisme di media sosial kita, menjadi sukarelawan untuk program, aktiviti dan acara melalui Persatuan Autisme Kebangsaan Malaysia (NASOM) atau mengumpul derma dalam talian untuk komuniti autisme. Sila layari https://www.nasom.org.my untuk maklumat lanjut.

Arkib

Pendapat anda mengenai laman web baru?

Waktu Operasi Ibu Pejabat

Tutup Pada Cuti Umum, Kecuali Perpustakaan Tanjung Aru

088-214828, 231623 Faks: 088-270151
hq.ssl@sabah.gov.my
Jalan Tasik, Off Jalan Maktab Gaya, Locked Bag 2023, 88300 Luyang, Kota Kinabalu, Sabah, Malaysia.