Select your language


Jika anda ingin menunjukkan penghargaan kepada kedua-dua ibu bapa anda, maka 1 Jun adalah detik yang sesuai! Hari Ibu Bapa Sedunia disambut pada tarikh ini setiap tahun untuk menghargai ibu bapa di seluruh dunia. Menurut Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, "Ibu bapa adalah tiang dalam sesebuah keluarga, dan asas dalam komuniti dan masyarakat kita", dan menyedari betapa pentingnya untuk mengadakan sambutan tahunan bagi ibu bapa yang melibatkan semua orang di seluruh dunia. Oleh itu, pada 17 September 2012, Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu secara terbuka mengisytiharkan bahawa Hari Ibu Bapa Sedunia akan diadakan setiap tahun pada 1 Jun.

Hari Ibubapa Sedunia adalah seperti tepukan pada belakang setiap ibu bapa di atas komitmen mereka, pengorbanan sepanjang hayat dan sentiasa meletakkan keperluan anak mereka melebihi keperluan mereka sendiri. Hari tersebut bukan sahaja untuk menghargai mereka, tetapi untuk mengakui peranan besar yang mereka mainkan dalam hidup anda. Apa yang anda tunggu lagi? Beritahu orang tua anda betapa anda cintai dan hargai semua yang telah mereka lakukan untuk anda. Lagipun, tanpa mereka, kita tidak akan berada di dunia ini.

Terima kasih ibu dan ayah!

 

Koleksi Buku Kami



Koleksi eBooks Kami

Ulasan Buku

Arkib

Pengarang Tempatan Kami

Mutiara Kata

"Membaca semua buku yang bagus layaknya sebuah percakapan dengan pemikiran terbaik di abad-abad sebelumnya." - Rene Descartes

Waktu Operasi Ibu Pejabat

Tutup Pada Cuti Umum, Kecuali Perpustakaan Tanjung Aru

088-214828, 231623 Faks: 088-270151
hq.ssl@sabah.gov.my
Jalan Tasik, Off Jalan Maktab Gaya, Locked Bag 2023, 88300 Luyang, Kota Kinabalu, Sabah, Malaysia.