Select your language

Karnival Gempak Literasi Peringkat Negeri Sabah 2025
19–21 April 2025
Perpustakaan Cawangan Kinabatangan
10.00 pagi – 5.00 petang

Ayuh raikan dunia ilmu dan kreativiti dalam suasana penuh warna-warni di Karnival Gempak Literasi 2025! Selama tiga hari, pelbagai aktiviti menarik menanti anda — daripada persembahan kebudayaan, kuiz interaktif Quizizz, bengkel STEM Petrosains, hingga ke bicara buku, busking, dan pertandingan deklamasi sajak, pidato serta Spelling Bee.

Terokai pameran unik, koleksi setem, jualan buku tempatan, aktiviti kraftangan, dan nikmati juadah menarik dari food truck yang disediakan. Bawa seisi keluarga untuk memeriahkan karnival ini yang menjanjikan ilmu, hiburan dan pengalaman yang mengujakan!

Masuk adalah percuma!
Jangan lepaskan peluang untuk menyemai minat literasi dalam komuniti – Jumpa anda di Kinabatangan!

📥 Muat Turun Tentatif Program

Ulasan Buku

Arkib

Pengarang Tempatan Kami

Mutiara Kata

"Kalau kamu hanya membaca buku yang dibaca semua orang, kamu hanya bisa berpikir sama seperti semua orang." - Haruki Murakami

Waktu Operasi Ibu Pejabat

Tutup Pada Cuti Umum, Kecuali Perpustakaan Tanjung Aru

088-214828, 231623 Faks: 088-270151
hq.ssl@sabah.gov.my
Jalan Tasik, Off Jalan Maktab Gaya, Locked Bag 2023, 88300 Luyang, Kota Kinabalu, Sabah, Malaysia.