Select your language

Kenali Emin Madi

Tempat lahir: Kg. Sinungkalangan, Tambunan.

Tarikh lahir: 29 November 1949

Tentang Emin Madi

Emin Madi dilahirkan di Kampung Sinungkalangan, Tambunan pada 29 November 1949 tetapi membesar di Kampung Bayangan, Keningau. Beliau mendapat pendidikan awal di GPS Binaong (kini Sekolah Kebangsaan Binaong) Bingkor seterusnya ke Government Junior Secondary School (kini Sekolah Menengah Kebangsaan) Keningau pada tahun 1963. Pada tahun 1965, beliau menyertai 3 Renjer Angkatan Tentera Malaysia dan selepas lima tahun dalam angkatan tentera, beliau menyambung pelajaran secara persendirian hingga lulus tingkatan lima. Pada masa yang sama, beliau berjinak-jinak dalam dunia persuratkhabaran sehingga diterima sebagai pemberita di Sabah Times pada tahun 1973. Dunia kewartawanan di Sabah pada era 70 hingga 90-an tidak dapat dipisahkan dengan nama Emin Madi. Beliau juga pernah menjadi Pengarang Bahasa Melayu di Sabah Times.

Selepas bersara dari dunia kewartawanan, beliau kini mencipta nama dalam dunia penulisan kreatif dan pernah menghasilkan novel antaranya, Salarom dan The Green Gold of Borneo.

 


Ulasan Buku

Arkib

Pengarang Tempatan Kami

Mutiara Kata

"Orang yang tidak banyak membaca pasti tidak banyak tahu. Orang yang tidak banyak tahu sangat dekat dengan kebodohan. Dan kebodohan akan sangat dekat dengan kemiskinan." (Helmy Yahya).

Waktu Operasi Ibu Pejabat

Tutup Pada Cuti Umum, Kecuali Perpustakaan Tanjung Aru

088-214828, 231623 Faks: 088-270151
hq.ssl@sabah.gov.my
Jalan Tasik, Off Jalan Maktab Gaya, Locked Bag 2023, 88300 Luyang, Kota Kinabalu, Sabah, Malaysia.