Halaman 1 dari 2
1953 | Perpustakaan Negeri yang pertama di Sabah ditubuhkan sebagai sebuah seksyen di Jabatan Penyiaran dan Penerangan |
---|---|
1966 | Perpustakaan bergabung dengan Muzium Sabah dan membentuk nama Jabatan Muzium dan Perpustakaan |
1972 | Perpustakaan dipisahkan dengan Muzium Sabah dijadikan sebagai sebuah jabatan tersendiri. Jabatan perpustakaan ditadbir dibawah Kementerian Kebajikan Masyarakat |
1976 | Pentadbiran Jabatan Perpustakaan diserahkan kepada Kementerian Kebudayaan Belia dan Sukan serta nama ditukar kepada Jabatan Perpustakaan Negeri sabah |
1982 | Bidang kuasa pentadbiran Jabatan Perpustakaan Negeri Sabah diserahkan kembali kepada Kementerian Perkhidmatan Sosial |
1987 | Perpustakaan Negeri Sabah melangkah ke era teknologi komputer |
1988 | ‘URICA’, sistem komputerisasi perpustakaan yang digunakan Perpustakaan Negeri Sabah telah dilancarkan dengan rasminya oleh Menteri Perkhidmatan Sosial, Yang Berhormat Datuk Ariah Tengku Ahmad. |
Enakmen Jabatan Perpustakaan Negeri Sabah telah diluluskan oleh Dewan Undangan Negeri dan kemudian diwartakan pada 29 September 1988 | |
1990 | ‘OPAC’ (Online Public Access Catalogue), telah dilancarkan oleh Alahyarham Yang Berhormat Datuk Jawawi Haji Isa, Pembantu Menteri Perkhidmatan Sosial |
1993 | Bangunan baru Perpustakaan Negeri Sabah Wilayah Sandakan dibuka dengan rasminya pada 21 Disember 1993 oleh YAB Datuk Joseph Pairin Kitingan, Ketua Menteri Sabah |
1994 | Bangunan baru Perpustakaan Negeri Sabah Wilayah Tawau telah dibuka dengan rasminya pada 16 February 1994 oleh YAB Joseph Pairin Kitingan, Ketua Menteri Sabah |
1995 | Perkhidmatan INTERNET diperkenalkan di Ibu pejabat Perpustakaan Negeri Sabah, Kota Kinabalu. |
Bangunan Baru Perpustakaan Negeri Sabah Wilayah Keningau telah dibuka dengan rasminya pada 30 Oktober 1995 oleh Yang Berhormat Datuk Seri Panglima Joseph Kurup, Timbalan Ketua Menteri merangkap Menteri Pembangunan Industri. |
- Mula
- Seterusnya
- 1
- 2
- Seterusnya
- Tamat