Select your language

 

Tentang Pengarang

Dayangku Mastura adalah nama pena kepada DK Mastura Pg Ismail, berasal dari Papar, Sabah. Mula berkarya pada 2008. Cenderung menulis dalam genre cerpen, novel, skrip drama (pentas dan radio) dan puisi. Ahli seumur hidup Persatuan Bahasa dan Sastera Sabah (BAHASA) dan Persatuan Penulis Nasional Malaysia (PENA). Berkelulusan Sarjana Muda Sastera dengan Kepujian (Kesusasteraan) dari Universiti Sains Malaysia. Sedang melanjutkan pengajian Sarjana di Pusat Penyelidikan Kecemerlangan dan Kesarjanaan Artistik, ASWARA. Bertugas di Perpustakaan Negeri Sabah.

 


 Sesi temubual Kami Dengan Puan Dayangku Mastura

  1. Siapakah penulis kegemaran anda?
    - Penulis kegemaran saya semestinya Pramoedya Ananta Toer.

  2. Apakah novel kegemaran anda?
    - Novel kegemaran saya ialah Gadis Pantai (The Girl from the Coast) hasil karya Pramoedya Ananta Toer.

  3. Apakah yang membawa anda untuk menulis buku-buku karangan anda?
    - Saya menulis kerana minat dan cabaran diri sendiri.

  4. Berapa lama purata anda untuk menulis sebuah buku?
    - Untuk menulis sebuah buku, saya mengambil masa selama 3-6 bulan dan bergantung juga pada komitmen untuk menyiapkannya.

  5. Di manakah anda mendapat idea dalam penulisan anda?
    - Idea-idea yang saya dapat adalah daripada pengamatan dan sensitiviti diri.

  6. Bilakah pengalaman awal anda dalam mengetahui bahawa bahasa mempunyai kuasa?
    Pengalaman awal saya, sejak menyedari bahawa bahasa mampu mempengaruhi minda dan tindakan kita melalui pembacaan.

  7. Adakah anda mahu setiap buku anda berdiri sendiri, atau adakah anda cuba membina talian sambungan di antara setiap buku?
    - Semestinya, karya sastera saya perlu berdiri sendiri tetapi bergantung juga pada tujuan mengarang.

  8. Apakah yang menjadi pendorong dalam penulisan anda?
    - Saya boleh katakan bahawa diri sendiri yang menjadi pendorong dalam penulisan saya.

  9. Apakah bahagian yang sukar dalam proses penulisan anda?
    - Bagi saya, bahagian yang sukar dalam proses penulisan ialah mengekalkan momentum dan komitmen diri.

  10. Apakah etika penulisan yang perlu ada untuk pada seorang penulis?
    - Seorang penulis mestilah mempunyai disiplin dan wawasan diri untuk menghasilkan sebuah penulisan yang baik.

  11. Nasihat apa yang anda ada untuk para rakan penulis muda diluar?
    - Nasihat saya untuk penulis yang baru sahaja memulakan karya penulisan, teruskan menulis dan jangan berhenti belajar untuk penambahbaikan karya penulisan.

Antara Pencapaian Beliau:

  1. Hadiah SEDCO-BAHASA 1, 2009 – anjuran BAHASA dan Perbadanan Pembangunan Ekonomi Sabah (SEDCO). Cerpen – Hadiah Pertama dan Ketiga.
  2. Sayembara Maharajan Cerpen Berunsur Islam, 2009 – anjuran Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah (JHEAINS). Hadiah Pertama dan Saguhati.
  3. Sayembara Menulis Novel Negeri Sabah Siri 1, 2010 – anjuran Kerajaan Negeri Sabah. Hadiah Saguhati.
  4. Sayembara Menulis Novel dan Skrip Drama Remaja, 2009-2010 – anjuran Dewan Bahasa dan Pustaka Kuala Lumpur (DBPKL). Skrip Drama Remaja (13-15 tahun) – Hadiah Kedua.
  5. Hadiah Sastera Kumpulan Utusan+ExxonMobil (HSKU), 2011. Kategori Cerpen Remaja – Hadiah Utama dan Hadiah Penghargaan.
  6. Hadiah Sastera Perdana Malaysia (HSPM), DBPKL. 2012. Kategori Drama Eceran.
  7. Sayembara Penulisan Novel, Cerpen dan Puisi, 2013 – anjuran Institut Terjemahan dan Buku Malaysia (ITBM), PENA dan BERITA HARIAN. Cerpen – Hadiah Saguhati.
  8. Pertandingan Menulis Cerpen, 2013 – anjuran Perpustakaan Negeri Sabah & DBPCS. Cerpen- Hadiah Utama (Tahap 4).
  9. Pertandingan Menulis Novel Remaja dan Kanak-kanak, 2013 – anjuran Koperasi Dewan Pustaka dan Bahasa Kuala Lumpur. Novel Remaja - Hadiah Ketiga
  10. Peraduan Menulis Novel Remaja, 2013 – anjuran DBPCS. Hadiah Kedua.
  11. Hadiah Sastera Kumpulan Utusan+ExxonMobil (HSKU), 2013. Kategori Cerpen Remaja – Hadiah Utama.
  12. Hadiah Sastera Sabah 2012-2013 – anjuran DBPCS. Kategori Cerpen Eceran.
  13. Hadiah Karya Penulisan Sabah, 2014 – anjuran Kerajaan Negeri Sabah. Cerpen - Hadiah Utama.
  14. Hadiah Karya Penulisan Sabah, 2015 – anjuran Kerajaan Negeri Sabah. Puisi (dewasa)- Hadiah Utama.
  15. Sayembara Menulis Skrip Adaptasi daripada Cerpen ke Skrip Drama Pendek 2015 – anjuran DBPKL. Hadiah Saguhati
  16. Anugerah Tokoh Penulis Sabah sempena Festival Penulis Sabah, 2016.
  17. Hadiah Sastera Kumpulan Utusan+PNB (HSKU), 2016. Kategori Cerpen Remaja – Hadiah Penghargaan.
  18. Hadiah Sastera Sabah 2016/2017 – anjuran DBPCS. Kategori Novel Remaja & Cerpen Eceran,
  19. Hadiah Sastera Kumpulan Utusan+PNB (HSKU), 2017. Kategori Novel Remaja – Hadiah Penghargaan.

Karya Individu

Novel/Novel remaja

  1. Novel ‘Cahaya di Jendela’ terbitan Institut Terjemahan dan Buku Malaysia (ITBM) 2013
  2. Novel Remaja ‘Gemala Sakti’ terbitan Koperasi Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur 2014.
  3. Novel Remaja ‘Helaian Linangkit’, terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka Kuala Lumpur 2016.

Cerpen

  1. Kumpulan Cerpen ‘Langit Runtuh’ terbitan ITBM 2013.
  2. Kumpulan Cerpen ‘Ahli Syurga’, terbitan ITBM 2015.
  3. Kumpulan Cerpen ‘Harum Kasih Daun Irik’ , terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka Kuala Lumpur 2016.

Drama

  1. Kumpulan Drama Pentas ‘Pewaris’ terbitan Badan Bahasa dan Sastera Sabah (BAHASA) 2010.
  2. Skrip Drama Pentas Remaja ‘Apabila Burung Tidak Berkicau Lagi’, terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka Kuala Lumpur 2017.

 

 


 

Buku-buku oleh Dayangku Mastura Pangeran Ismail

Ulasan Buku

Arkib

Pengarang Tempatan Kami

Mutiara Kata

"Membaca semua buku yang bagus layaknya sebuah percakapan dengan pemikiran terbaik di abad-abad sebelumnya." - Rene Descartes

Waktu Operasi Ibu Pejabat

Tutup Pada Cuti Umum, Kecuali Perpustakaan Tanjung Aru

088-214828, 231623 Faks: 088-270151
hq.ssl@sabah.gov.my
Jalan Tasik, Off Jalan Maktab Gaya, Locked Bag 2023, 88300 Luyang, Kota Kinabalu, Sabah, Malaysia.