![]() |
Kenali Intan Rosina Tempat lahir: Kota Marudu, Sabah |
Tentang Intan Rosina
Sairie@Rosina Binti Adun ataupun dikenali sebagai Intan Rosina, berasal dari Kg. Langod, Tandek Kota Marudu Sabah. Beliau mula mengasah bakat dalam karya penulisan pada tahun 1984, tetapi selepas menyepi beberapa tahun dalam bidang penulisan kini kembali aktif pada tahun 2016.
Intan Rosina memilih untuk bersara awal dalam perkhidmatan awam dan menjadi ahli persatuan BAHASA Sabah pada tahun 2019 dengan mendapat inspirasi, kekuatan dan galakan daripada Presiden BAHASA, Datuk Jasni Matlani untuk terus berkarya. Beberapa buah sajak atau puisi dan cerpen beliau pernah tersiar di akhbar tempatan.