![]() |
Kenali Farrawati Sabli Tempat lahir: Kg. Taun Gusi, Kota Belud |
Tentang Nursyafiqah binti Roslan
Dilahirkan di Kg Taun Gusi, Kota Belud Sabah pada 24 September 1982. Mendapat pendidikan awal di SK Taun Gusi, Kota Belud dan SMK (agama) Inanam. Kemudian, melanjutkan pelajaran ke peringkat Diploma Sains di Universiti Teknologi Mara Cawangan Sabah. Juga berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Biologi Pemuliharaan dan Ijazah Sarjana dengan penyelidikan (Pemajuan Biodiversiti) dari Universiti Malaysia Sabah.
Mula serius dalam bidang penulisan buku motivasi sejak tahun 2016 dan telah menerbitkan sendiri dua buah buku yang bertajuk ‘7 Rahsia Tenang Menghadapi Ujian Hidup’ dan ‘Terima Kasih Ujian’. Di waktu lapang, suka menghabiskan masa menelaah buku-buku ilmiah, hadir ke kursus motivasi dan pembangunan diri.
Di antara pengalaman professional beliau adalah terlibat sebagai penceramah motivasi kepada 5000 pelajar Sekolah Rendah dan Sekolah Menengah di seluruh Sabah sejak tahun 2017. Terlibat dalam bengkel penulisan dengan tenik “SMART Writer”. “Memoir” dan “How To Start Writing?”. Beliau merupakan pengasa Syarikat SmartWork Solution Publising & Training yang melatih dan telah menerbit 20 buku penulis baru sejak tahun 2019.