Select your language

 

Kenali Lorena Binisol

 
Tentang Lorena Binisol

Lorena Binisol merupakan salah satu penyumbang yang kerap untuk akhbar tempatan, the Daily Express. Beliau menulis akhbar liputan di beberapa negara selain dari Malaysia seperti Kemboja, Laos, Filipina, Taiwan, Singapura, Indonesia, Australia, Jepun dan Eropah (Sepanyol dan Rusia). Beliau juga merupakan penyunting Pertubuhan Bukan Kerajaan yang menghasilkan pekeliling dan akhbar dalaman. Beliau telah menamatkan pengajian Executive Secretarial-ship di Kolej Stamford, Kota Kinabalu, Sabah dengan Kepujian dalam Supervisory Control, Office Management and Office Ethics dan Diploma Eksekutif Pengurusan Perniagaan Kejuruteraan di Universiti Teknologi Malaysia pada tahun 2009 dalam bidang Kepimpinan Perniagaan & Pengurusan Strategik. Semasa pengajiannya, beliau turut mengambil kursus pendek Penulisan Kreatif. Beliau juga merupakan Alumni SSEAYAP (Ship for South East Asean Youth Programme), tajaan kerajaan Jepun 1990, di mana beliau terpilih untuk mewakili Malaysia bersama dengan belia negara-negara Asia dan Jepun bagi program lawatan sambil belajar untuk mempelajari budaya dan ideologi yang berbeza. Beliau, seorang wartawan yang kerap mengembara ke luar negara untuk pertemuan baharu seperti budaya, gaya hidup, makanan, cerita tradisional, sejarah, tempat yang diminati, minat manusia, dan banyak lagi. Beliau telah dianugerahkan 2 Anugerah Emas dan Anugerah Merit yang diberikan oleh State Kinabalu Shell Press Award, masing-masing pada tahun 2016, 2017 dan 2018. Lorena mempelajari selok-belok penulisan melalui pengalaman dan beliau tidak penah menghadiri kursus kewartawanan secara formal. Penulisan beliau adalah ikhlas daripada pengalaman hidupnya dan beliau tidak pernah kekurangan kisah yang menarik untuk ditulis bagi menghiburkan para pembaca. Beliau kini menghasilkan bukunya sendiri.

Email: lorenabinisol@yahoo.com

 


 

Buku oleh Lorena Binisol

Ulasan Buku

Arkib

Pengarang Tempatan Kami

Mutiara Kata

"Membaca semua buku yang bagus layaknya sebuah percakapan dengan pemikiran terbaik di abad-abad sebelumnya." - Rene Descartes

Waktu Operasi Ibu Pejabat

Tutup Pada Cuti Umum, Kecuali Perpustakaan Tanjung Aru

088-214828, 231623 Faks: 088-270151
hq.ssl@sabah.gov.my
Jalan Tasik, Off Jalan Maktab Gaya, Locked Bag 2023, 88300 Luyang, Kota Kinabalu, Sabah, Malaysia.