Select your language


Perpustakaan Negeri yang pertama di Sabah ditubuhkan sebagai sebuah seksyen di Jabatan Penyiaran dan Penerangan pada tahun 1953. Pada tahun 1972, perpustakaan dipisahkan dengan Muzium Sabah dan dijadikan sebagai sebuah jabatan tersendiri. Perpustakaan Negeri Sabah dikawal selia oleh Kementerian Sains, Teknologi & Inovasi melalui penjenamaan semula Kementerian Pelajaran dan Inovasi Negeri Sabah (KPINS) pada 8 Oktober 2020. Pada hari ini, Perpustakaan Negeri Sabah mempunyai satu rangkaian perpustakaan yang luas dimana ia mempunyai sebuah Ibupejabat, 25 Perpustakaan Cawangan, 4 Pusat Perkhidmatan Tambahan, 67 Perpustakaan Desa (Negeri), 51 buah Perpustakaan Desa (PNM-Persekutuan), 11 Perpustakaan Bergerak dan 8 Desanet.

Visi

  • Budaya literasi ke arah kesejahteraan masyarakat.

Misi

  • Memperkasakan perkhidmatan perpustakaan bagi membentuk masyarakat membaca dan berilmu.

Objektif 

  1. Mewujudkan perkhidmatan perpustakaan di seluruh negeri bagi kawasan-kawasan bandar dan luar bandar dengan menubuhkan cawangan-cawangan dan perkhidmatan Perpustakaan Bergerak.
  2. Mengalakkan penggunaan sumber-sumber perpustakaan dan maklumat darinya dengan menyediakan kemudahan-kemudahan bagi pinjaman dan rujukan.
  3. Membantu Kerajaan Negeri dalam mengalakkan pelajaran, pengembangan dan penggunaan Bahasa Malaysia.
  4. Menyediakan keperluan dan kemudahan pelajaran dan rekreasi kepada orang awam.
  5. Meningkatkan fahaman orang ramai tentang kebudayaan Sabah menerusi koleksi tempatan.
  6. Menyenggarakan koleksi penerbitan oleh Kerajaan, Jabatan-jabatan Negeri dan Persekutuan, serta badan-badan berkanun Negeri dan Persekutuan di Sabah termasuklah koleksi menyeluruh bahan perpustakaan yang berhubungan dengan Negeri Sabah dan penduduknya.
  7. Mengadakan kerjasama rapat dengan Perpustakaan Negara Malaysia dan Perpustakaan-perpustakaan Negeri dan Perbadanan Perpustakaan Negeri yang lain di Malaysia.
  8. Menyediakan atau memajukan apa-apa perkhidmatan atau akvititi lain yang berhubung dengan perkara-perkara perpustakaan sebagaimana diarahkan oleh Menteri.
  9. Untuk menyediakan bagi pemeliharaan dan penggunaan sumber-sumber perpustakaan yang diterbitkan di Sabah.
  10. Untuk mewujudkan rekod bibliografi yang standard bagi sumber-sumber perpustakaan yang diterbitkan di Sabah.Untuk menyenggarakan rekod statistik sumber-sumber perpustakaan yang diterbitkan di Sabah.
  11. Untuk menyenggarakan rekod statistik sumber-sumber perpustakaan yang diterbitkan di Sabah.

Ulasan Buku

Arkib

Pengarang Tempatan Kami

Mutiara Kata

"Membaca semua buku yang bagus layaknya sebuah percakapan dengan pemikiran terbaik di abad-abad sebelumnya." - Rene Descartes

Waktu Operasi Ibu Pejabat

Tutup Pada Cuti Umum, Kecuali Perpustakaan Tanjung Aru

088-214828, 231623 Faks: 088-270151
hq.ssl@sabah.gov.my
Jalan Tasik, Off Jalan Maktab Gaya, Locked Bag 2023, 88300 Luyang, Kota Kinabalu, Sabah, Malaysia.