Select your language

 

Alamat :

Perpustakaan Cawangan Sandakan
Peti Surat 1339, 90714 Sandakan, 

Sabah,Malaysia.

Telephone:089-210916, 210961

Ketua : Cecilia Chai

 

Pengenalan

Bangunan Perpustakaan Cawangan Sandakan telah dibuka kepada orang awam pada 26 April 1993 dan dirasmikan oleh YB Datuk Joseph Pairin Kitingan, mantan Ketua Menteri Sabah pada 21 Disember 1993.

Mural yang beraneka warna yang terpapar di dinding perpustakaan menyambut kedatangan para pelawat. Hiasan dinding ini melambangkan corak hidupan liar hutan tropika termasuklah Badak Sumbu Sumatera dan Orang Utan yang jarang-jarang ditemui. Hidupan liar ini boleh didapati di Taman Sepilok yang jauhnya 24 Kilometer dari Sandakan.

Sementara dinding bangunan di bahagian kanak-kanak dihiasi dengan lukisan dan corak kartun yang menjadi daya tarikan dan suasana yang menyeronokan kepada kanak-kanak.  Bangunan ini juga menyediakan pintu keluar masuk yang amat mudah, lengkap dengan jalan tanjakan serta lif khas bagi golongan istimewa.

Perpustakaan ini juga dilengkapi dengan Bilik Serbaguna, kantin, bilik perbincangan dan bilik sesi berceria. Pada bulan September 1997, Perkhidmatan bagi Golongan Cacat Penglihatan dengan rasmninya dimulakan.  Perkhidmatan ini dikendalikan oleh Seksyen Pandang Dengar dimana mereka menyedia dan menghantar ‘talking books’ kepada penghuni Taman Cahaya.

Perpustakaan Bergerak pula memberi perkhidmatan kepada 48 buah sekolah dan pelbagai jabatan kerajaan.

 

Perkhidmatan

1) Khidmat Pembaca

2) Khidmat Rujukan

3) Sumber Media

4) Perpustakaan Desa

5) DesaNet

 

HARI MASA PEMBUKAAN
Isnin 10.00 PAGI HINGGA 5.00 PETANG
Selasa Hingga Khamis 9.00 PAGI HINGGA 5.00 PETANG
Jumaat 9.00 PAGI HINGGA 5.00 MALAM
Sabtu & Ahad 9.00 PAGI HINGGA 2.00 PETANG
Cuti Umum TUTUP

 

Ulasan Buku

Arkib

Pengarang Tempatan Kami

Mutiara Kata

"Orang yang tidak banyak membaca pasti tidak banyak tahu. Orang yang tidak banyak tahu sangat dekat dengan kebodohan. Dan kebodohan akan sangat dekat dengan kemiskinan." (Helmy Yahya).

Waktu Operasi Ibu Pejabat

Tutup Pada Cuti Umum, Kecuali Perpustakaan Tanjung Aru

088-214828, 231623 Faks: 088-270151
hq.ssl@sabah.gov.my
Jalan Tasik, Off Jalan Maktab Gaya, Locked Bag 2023, 88300 Luyang, Kota Kinabalu, Sabah, Malaysia.