Select your language

Hajah Fatimah Abdillah,

Pengarah,
Perpustakaan Negeri Sabah.

Emel: Fatimah.Abdillah@sabah.gov.my

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh

Salam sejahtera,
Salam Sabah Maju Jaya,
Salam Malaysia Madani

Selamat datang ke portal rasmi Perpustakaan Negeri Sabah (PNS), sebuah perpustakaan awam berpusat yang kini mempunyai sebuah Ibu Pejabat, 25 perpustakaan cawangan di seluruh negeri, 69 perpustakaan desa, 4 pusat perkhidmatan tambahan, 13 bas bergerak dan 8 bas bergerak Des@net.

Dengan koleksi yang komprehensif, orang ramai boleh menikmati kemudahan bahan-bahan bacaan perpustakaan samada dalam bentuk fizikal mahupun digital yang meliputi berbagai jenis daripada bacaan ringan, buku fiksyen dan bukan fiksyen, buku akademik sehinggalah kepada koleksi khas seperti sejarah tempatan, undang-undang dan terbitan kerajaan. Tambahan lagi, terdapat beberapa pangkalan data seperti Overdrive/Libby, e-Sentral dan u-Pustaka yang menawarkan jutaan bahan bacaan serta pembelajaran atas talian secara percuma.

Transformasi era digital turut memberi impak kepada perkhidmatan kami dengan terbinanya sistem CLARE, sebuah koleksi digital dibangunkan sendiri oleh kakitangan perpustakaan yang menawarkan informasi mengenai sejarah tempatan seperti etnik dan suku kaum, profil bagi setiap daerah dan maklumat lain mengenai Negeri Sabah.

Layari laman web rasmi PNS untuk mendapatkan maklumat terkini seperti waktu operasi perpustakaan, tempahan buku secara dalam talian dan akses kepada pangkalan data. Marilah sama-sama tingkatkan budaya membaca dan kunjungilah perpustakaan yang berdekatan untuk menikmati kemudahan dan perkhidmatan yang disediakan.

Sekian dan terima kasih.

Ulasan Buku

Arkib

Pengarang Tempatan Kami

Mutiara Kata

"Membaca semua buku yang bagus layaknya sebuah percakapan dengan pemikiran terbaik di abad-abad sebelumnya." - Rene Descartes

Waktu Operasi Ibu Pejabat

Tutup Pada Cuti Umum, Kecuali Perpustakaan Tanjung Aru

088-214828, 231623 Faks: 088-270151
hq.ssl@sabah.gov.my
Jalan Tasik, Off Jalan Maktab Gaya, Locked Bag 2023, 88300 Luyang, Kota Kinabalu, Sabah, Malaysia.