Perayaan tahun baharu Cina juga dipanggil Tahun Baru Lunar dan dirayakan juga sebagai Festival Musim Bunga. Ia diraikan pada bulan Januari atau Februari di kebanyakan negara di seluruh dunia. Tahun ini, kita akan menyambut tahun Arnab Air.
Tahun Baru Cina pada tahun ini jatuh pada hari Ahad, 22 Januari, menurut kalendar China tradisional, dan hari terakhir yang dikenali sebagai perayaan tanglung akan berakhir 15 hari kemudian. Tahun baru sering disambut dengan tarian naga, tarian singa, pertukaran hadiah dan pertunjukan bunga api. Memandangkan kita berada di masa pandemik, sambutan perayaan ini sudha tentu dilakukan secara sederhana.
Tarikh penting pada kalendar Cina ini telah diraikan sejak berabad-abad. Semasa perayaan, nenek moyang akan diberi penghormatan dan upacara tradisi diadakan di mana orang berkumpul dan mengalu-alukan tahun baru dengan upacara tradisi yang akan membawa nasib baik, kekayaan, kemakmuran dan kebahagiaan.
Sempena sambutan Tahun Baharu Cina tahun ini, pihak pengurusan dan kakitangan Perpustakaan Negeri Sabah ingin mengucapkan Gong Xi Fa Cai kepada semua. Semoga kita menikmati tahun yang makmur dan damai pada tahun ini. Sentiasa berjaga-jaga dan ikuti SOP.