![]() |
Kenali Zainab Binti Nawab Khan |
Tentang Zainab Binti Nawab Khan
Zainab Binti Nawab Khan berasal dari Kudat, Sabah. Beliau merupakan seorang pensyarah akademik dan mempunyai kelulusan Diploma Pendidikan dari Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, Ijazah Sarjana Muda Kepujian (B.A Hons) serta Sarjana Pendidikan dari Universiti Kebangsaan Malaysia. Kini, beliau sedang melanjutkan pelajaran di peringkat kedoktoran di Open University Malaysia. Beliau aktif dalam menulis cerita kanak-kanak dan remaja, cerpen dan puisi. Antara penerbitan beliau ialah “Bimbingan Praktikum” terbitan Sasbadi dan “Ditelan Hutan Nulu” terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka.
zainab _372003@yahoo.com