Select your language

Kenali Dr. Marlenny Deen Erwan

Tentang Dr. Marlenny Deen Erwan

Lenny berbangsa dusun, anak jati dari Ranau, Sabah ini merupakan pemegang Diploma Penulisan dari Akademi Seni Kebangsaan (2002) dan menyambung pengajian dalam bidang yang dicintainya sehingga ke peringkat Ijazah Kedoktoran.

Beliau bukan sahaja aktif dalam bidang penulisan, malah konsisten dalam mementaskan teater moden dan tardisional. Beliau pernah berkhidmat sebagai guru di SM Shan Tao Kota Kinabalu (1995-1997) dan juga sub-editor di penerbitan Daily Express Sabah. Marlenny juga turut dikenali sebagai pelakon, pengarah dan penerbit teater.

Sebagai penulis kreatif, bakatnya terserlah semenjak menyertai Iktan Penulis Sabah pada 1992. Marlenny bermula dengan penulisan genre puisi dan cerpen yang tersiar dalam akhbar dan majalah tempatan. Marlenny telah menghasilkan naskhah drama pentas sejak tahun 1999, skrip drama televisyen sejak tahun 2003 serta turut menyumbang kepada penulisan dokumentari, promo tv, rencana/ kritikan akhbar dan lirik lagu. Marlenny turut terbabit dalam beberapa penyelidikan ilmiah termasuklah penulisan bab untuk penerbitan buku Makyong berjudul Warisan Malaysia Warisan Dunia terbitan Jabatan Warisan Negara dan buku Warisan Masyarakat Minang di Kuala Lumpur terbitan Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Beliau turut menjalankan penyelidikan ke atas Wayang Kulit Kelantan (2002), upacara Bobolian di Sabah (2007- 2010), upacara Sembah Guru Makyong di Kuala Besut Terengganu (2010) dan acara Kaul Mukah di Sarawak pada 2011. Dalam bidang akademik, Marlenny terlibat membangunkan silibus Penulisan Skrip Bangsawan dan Penulisan Skrip Teater Tradisional untuk Jabatan Penulisan Artistik Universiti Teknologi Mara (UiTM) pada tahun 2009. Beliau juga pernah berkhidmat sebagai pensyarah sambilan di institusi ASWARA, UPSI, USIM, dan UiTM. Kini beliau berkhidmat sebagai Pensyarah Kanan dan Ketua Jabatan Drama di Pusat Kebudayaan Universiti Malaya.


Ulasan Buku

Arkib

Pengarang Tempatan Kami

Mutiara Kata

"Orang yang tidak banyak membaca pasti tidak banyak tahu. Orang yang tidak banyak tahu sangat dekat dengan kebodohan. Dan kebodohan akan sangat dekat dengan kemiskinan." (Helmy Yahya).

Waktu Operasi Ibu Pejabat

Tutup Pada Cuti Umum, Kecuali Perpustakaan Tanjung Aru

088-214828, 231623 Faks: 088-270151
hq.ssl@sabah.gov.my
Jalan Tasik, Off Jalan Maktab Gaya, Locked Bag 2023, 88300 Luyang, Kota Kinabalu, Sabah, Malaysia.