Pada tahun 2005, cadangan untuk memperingati Hari Warisan Audiovisual Sedunia telah diluluskan pada persidangan agung UNESCO. Susulan keputusan tersebut, hari dunia pertama diadakan pada 27 Oktober 2007 dan menjadi acara yang dibuat setiap tahun pada tarikh dan bulan yang sama. Seperti perayaan lain juga, Hari Warisan Audiovisual Sedunia mempunyai tema yang berbeza. Tema pada tahun ini adalah "Your Window to the World". Aktiviti komuniti adalah seperti pertandingan melukis logo, program tempatan usaha bersama antara arkib filem negara, komuniti audiovisual, stesen televisyen atau radio, dan kerajaan. Di samping itu, perbincangan panel, persidangan dan ceramah umum mengenai kepentingan pemeliharaan dokumen audiovisual serta tayangan filem khas.