Select your language


Hari Kemahiran Belia Sedunia disambut setiap tahun pada 15 Julai. Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu menetapkan hari tersebut sebagai perayaan antarabangsa pada tahun 2014 untuk meraikan betapa pentingnya orang muda mempunyai kemahiran untuk pekerjaan dan keusahawanan. Walaupun banyak belia pada hari ini menghuni dunia dengan peluang dan kemungkinan yang tidak terhingga, terdapat jutaan belia yang masih tertinggal. Oleh itu, Hari Kemahiran Belia Sedunia adalah masa yang sangat sesuai untuk meningkatkan kesedaran tentang kepentingan melabur dalam pengembangan kemahiran belia.

Semasa perayaan antarabangsa ini, anda masih boleh mengambil bahagian dalam pelbagai aktiviti di tengah pandemik Covid-19 tetapi semestinya secara maya. Berfokus pada tema “Skills for a Resilient Youth”, beberapa acara maya akan diadakan, dan pada 15 Julai 2020 anda boleh menyertai perbincangan panel dalam talian yang dianjurkan oleh Permanent Missions of Portugal dan Sri Lanka ke PBB, bersama-sama dengan UNESCO, ILO dan Office of the Secretary-General’s Envoy on Youth. Sila lihat laman web organisasi tersebut untuk maklumat yang lebih lanjut di pautan ini.

 

Koleksi Buku Hari Kemahiran Belia Sedunia Kami

 

Koleksi eSumber Hari Kemahiran Belia Sedunia Kami

Ulasan Buku

Arkib

Pengarang Tempatan Kami

Mutiara Kata

"Membaca semua buku yang bagus layaknya sebuah percakapan dengan pemikiran terbaik di abad-abad sebelumnya." - Rene Descartes

Waktu Operasi Ibu Pejabat

Tutup Pada Cuti Umum, Kecuali Perpustakaan Tanjung Aru

088-214828, 231623 Faks: 088-270151
hq.ssl@sabah.gov.my
Jalan Tasik, Off Jalan Maktab Gaya, Locked Bag 2023, 88300 Luyang, Kota Kinabalu, Sabah, Malaysia.