|
Alamat: Kota Kinabalu International Airport Beg Berkunci No 134, Aras 5, Bangunan Terminal, 88740 Kota Kinabalu, Sabah (Library@KKIA) Pusat Perkhidmatan Tambahan melalui PNS Cawangan Tanjung Aru |
Pendaftaran keahlian percuma selama sebulan sahaja bermula dari 8 Mac 2022.
Pengenalan
Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu (KKIA) adalah lapangan terbang pertama di Malaysia yang mempunyai perpustakaan dimana penumpang boleh membaca, meningkatkan pengetahuan mereka dan menggunakan kemudahan perpustakaan sementara menunggu penerbangan mereka. Idea utama adalah untuk menyediakan tempat yang selesa di mana penumpang boleh menggunakan masa menunggu mereka untuk berehat dan membaca. Kapasiti pengguna Perpustakaan mini adalah seramai 12 orang.
Walaubagaimanapun, hanya 6 orang sahaja pada satu masa dibenarkan masuk setakat ini mengikut Prosedur Operasi Standard. Perpustakaan ini menawarkan sebanyak 82 juta koleksi media digital, 23 judul majalah dengan jumlah 200 majalah dan pangkalan data daripada Sabah Overdrive (Libby App), Sabah E-Lib & u-Pustaka. Perpustakaan dilengkapi dengan WiFi percuma, ruang kecil untuk stesen kerja, komputer, serta mesin pencetak. Terdapat beberapa buah buku dan mainan kanak-kanak juga disediakan di perpustakaan mini ini.
Perkhidmatan
- Sumber Elektronik
- Sabah Overdrive (Libby apps)
- Sabah E-Lib (eReader apps)
- u-Pustaka(PNM) Pelbagai pangkalan data untuk bahan-bahan sumber elektronik seperti eNewspapers, eMajalah, eJurnal dan eLearning.
- Pertukaran Buku (Books Exchange)
- Pengunjung boleh mengambil mana-mana buku yang mereka mahu dengan syarat, mereka menggantikannya dengan buku yang lain.
- Pengunjung boleh mengambil mana-mana buku yang mereka mahu dengan syarat, mereka menggantikannya dengan buku yang lain.
- & Stesen pengecasan
- Wifi Percuma & Mesin Pencetak
HARI | WAKTU BUKA |
---|---|
ISNIN - AHAD | 9.00 AM To 06.00 PM |
CUTI AM | 9.00 AM To 06.00 PM |