Hari Guru disambut pada 16 Mei setiap tahun merupakan hari istimewa bagi warga pendidik bagi meraikan atas sumbangan, kegigihan, serta khidmat bakti yang telah diberikan dalam mendidik anak bangsa.
Ditetapkan pada tarikh 16 Mei oleh kerana dalam tahun 1956, Majlis Undang-undang Persekutuan Tanah Melayu telah menerima satu daripada empat laporan Jawatankuasa Pelajaran mengenai pendidikan di Malaysia sebagai Dasar Pelajaran. Dokumen tersebut yang dikenali sebagai Laporan Razak (Tun Abdul Razak pada masa tersebut merupakan Menteri Pelajaran) telah menjadi Dasar Pelajaran Kebangsaan semenjak hari itu.
Tema Hari Guru pada tahun ini – “Guru Tunjang Sekolah Sejahtera” merupakan pengiktirafan kepada warga pendidik. Kementerian Pendidikan memberikan penekanan bahawa para guru bukan sahaja menyampaikan ilmu kepada anak bangsa tetapi akan membentuk keperibadian diri.
Terima kasih Cikgu!