Select your language


Hari Televisyen Sedunia disambut pada 21 November setiap tahun untuk memperingati Forum Televisyen Dunia Pertama yang pernah diadakan pada tahun 1996. Televisyen adalah sejenis media komunikasi yang menyampaikan maklumat ke seluruh dunia. Sebagai contoh, siaran langsung televisyen, sering digunakan dalam program berita.

Melalui siaran televisyen ini, komuniti atau semua orang di seluruh dunia mendapatkan maklumat yang terkini dan pada masa yang sama, meningkatkan pengetahuan dari segi pembelajaran untuk kanak-kanak, remaja, orang dewasa, ibu bapa, pekerjaan, pencari kerja, pelajar yang akan meneruskan pelajaran dan sebagainya. Di samping itu, seluruh dunia juga boleh menonton siaran Olimpik di stesen televisyen di mana orang ramai boleh menonton acara sukan secara langsung.

Penyiaran televisyen juga boleh membantu penduduk membuka mata mereka terhadap keselamatan peribadi; untuk berjaga-jaga sebelum perkara buruk berlaku kepada diri sendiri, keluarga, rakan-rakan dan sebagainya. Pada masa yang sama, hiburan televisyen juga dapat mengurangkan dan melegakan tekanan. Satu contoh pelan yang dapat melegakan tekanan adalah pelan bertemakan kelakar (Maharaja Lawak Mega).

Oleh itu, tema Hari Televisyen Sedunia dapat menjelaskan kepentingan siaran televisyen dalam kehidupan awam disebabkan oleh penyebaran maklumat dan pengetahuan yang meluas dan berkesan. Disamping itu, terdapat banyak lagi sumber media yang penting seperti penggunaan radio untuk mendapatkan maklumat kepada orang ramai.

Ulasan Buku

Arkib

Pengarang Tempatan Kami

Mutiara Kata

"Membaca semua buku yang bagus layaknya sebuah percakapan dengan pemikiran terbaik di abad-abad sebelumnya." - Rene Descartes

Waktu Operasi Ibu Pejabat

Tutup Pada Cuti Umum, Kecuali Perpustakaan Tanjung Aru

088-214828, 231623 Faks: 088-270151
hq.ssl@sabah.gov.my
Jalan Tasik, Off Jalan Maktab Gaya, Locked Bag 2023, 88300 Luyang, Kota Kinabalu, Sabah, Malaysia.