Select your language

 

Kenali Hasyuda Abadi

Tempat lahir: Kampung Lumadan, Beaufort

Tahun Lahir: 1960

Tentang Hasyuda Abadi

Hasyuda Abadi (nama pena) atau nama sebenarnya Haji Sukor bin Haji Usin, anak kedua Haji Usin Ripan dan Hajah Subiah Sidek, lahir di Kampung Lumadan, Beaufort, Sabah pada 1960. Beliau mendapat pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan Lumadan, Beaufort (1967-1972) dan melanjutkan pelajaran sehingga tingkatan lima beraliran bahasa Inggeris di Sekolah Menengah St John Beaufort (1973-1978). Selepas tamat persekolahan, beliau bekerja sebagai Pembantu Siaran di Jabatan Penyiaran Malaysia, Sabah pada tahun 1979. Pada tahun 1985, beliau berpindah ke Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dan menjawat jawatan sebagai Penolong Pegawai Penerangan/Pilihan Raya. Beliau bersara daripada perkhidmatan kerajaan secara pilihan pada usia 55 tahun pada tahun 2015.

Beliau pernah menerima Hadiah Sastera Malaysia bagi genre puisi pada tahun 1985, Hadiah Sastera Perdana Malaysia pada tahun 2004/2005, Hadiah Sastera Perdana Malaysia pada tahun 2017/2018 dan Hadiah Sastera Sabah pada tahun 1989, 1991, 1998, 2000, 2002, 2004, 2007, 2008, 2012, 2014 dan 2016 bagi genre puisi dan cerpen. Hasyuda juga merupakan pemenang Hadiah Utama Peraduan Menulis Puisi Berunsur Islam 2011 anjuran DBP Cawangan Sabah melalui kumpulan puisinya berjudul 'Perlimbahan Cinta'. Hasyuda juga turut memenangi Hadiah Menulis Cerpen (Juara) dan Puisi (Naib Juara) berunsur Islam anjuran Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri sempena Karnival Kesenian Islam 2011.

Hasyuda pernah mengikuti Program Penulis Anak Angkat Dewan Bahasa dan Pustaka Cawangan Sabah pada tahun 1987 di bawah asuhan penyair Dato’ Dr. Ahmad Kamal Abdullah (Kemala) dan Program Penulisan Majlis Bahasa dan Sastera Asia Tenggara (Mastera) di Pusat Pengembangan Bahasa, Jakarta pada tahun 1997 di bawah pimpinan Dr. Sapardi Joko Damono, Dr. Abdul Hadi W.M dan Taufiq Ismail. Selain itu, Hasyuda juga pernah menyertai KL Poetry Reading di Kuala Lumpur (2000), Korean-Asean Poet and Literature Festival di Riau, Indonesia (2011), Baca Puisi Dunia Numera di Kuala Lumpur (2014), Temu Sastra Indonesia-Malaysia (2015) dan Perhimpunan Budayawan Sastrawan Negara Serumpun di Jogjakarta (2016).

Hasyuda merupakan penerima Darjah Kebesaran Negeri Sabah 'Bintang Kinabalu' (B.K.) pada tahun 2005, 'Bintang Setia Kinabalu' (BSK) pada tahun 2013 dan daripada kerajaan Persekutuan Malaysia 'Pingat Pangkuan Negara (P.P.N)' daripada DYMM SPB Yang di-Pertuan Agong pada tahun 2008. Hasyuda juga merupakan penerima Anugerah Penyair Islam Sabah bagi tahun 2008 daripada Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri Sabah.

 

 


 

Buku oleh Hasyuda Abadi

Ulasan Buku

Arkib

Pengarang Tempatan Kami

Mutiara Kata

"Membaca semua buku yang bagus layaknya sebuah percakapan dengan pemikiran terbaik di abad-abad sebelumnya." - Rene Descartes

Waktu Operasi Ibu Pejabat

Tutup Pada Cuti Umum, Kecuali Perpustakaan Tanjung Aru

088-214828, 231623 Faks: 088-270151
hq.ssl@sabah.gov.my
Jalan Tasik, Off Jalan Maktab Gaya, Locked Bag 2023, 88300 Luyang, Kota Kinabalu, Sabah, Malaysia.