Select your language

 

Kenali Datin Nursyahirah Gagayan Binti Abdullah 

Tentang Datin Nursyahirah Gagayan Binti Abdullah

Lebih dikenali sebagai Vinnie Nursyahirah ialah seorang penulis yang lahir di Kampung Sulakolung Kanibongan Pitas, Sabah pada 1 Jun 1977. Penulis yang berbangsa Rungus dan berkhawin dengan suami yang berbangsa bajau samah berasal dari Kota Belud merupakan anak bongsu daripada tujuh orang adik beradik.

Mendapat pendidikan awal selama dua tahun di Sekolah Kebangsan Kusilad Pitas pada tahun 1984 sehingga tahub 1986, dan kemudian berpindah ke Sekolah Kebangsan Kanibongan Pitas pada tahun 1986 hingga 1989. Pada bulan disember tahun 1989, penulis melanjutkan pelajaran ke Sekolah Menengah Lok Yuk Kudat Sabah hingga tamat tingkatan lima pada tahun 1994.

Atas kekangan kewangan, penulis terpaksa melupakan hasrat untuk melangkah ke menara gading walaupun mendapat tawaran ke Universiti Kebangsaan Malaysia pada waktu itu. Memulakan kerjaya sebagai seorang guru pengganti pada tahun 1995 hingga 1997, sehinggalah mendapat tawaran perkhidmatan sebagai Guru Sandaran Tidak Terlatih (GSTT) di SK Kanibongan Pitas bermula pada tahun 2002 dan mengakhiri perkhidmatan sebagai guru di SK Malubang Pitas pada tahun 2006. Penulis kemudiannya melanjutkan pengajiannya di Universiti Utara Malaysia (UUM) Sintok Kedah pada tahun 2005.

Penulis amat berminat untuk mendokumentasikan memartabatkan, memlihara dan melestarikan keseian dan kebudayaan seperti pakaian tradisi, tarian, kraf tangan dan masakan tradisional. Atas minat yang mendalam terhadap kesenian dan kebudayaan, penulis mula menulis tentang seni dan budaya untuk rujukan generasi pada masa akan datang melalui penulisan buku.

Meminatai bidang penulisan sejak dari dahulu lagi namun hanya mampu menghasilkan dan menerbitkan karya-karyanya pada tahun 2022. Karya pertamanya ialah buku 57 Resipi Masakan Tradisional Dapur Tempasuk Kota Belud Siri 1 dan buku kedua ialah 57 Resipi Kuih Tradisional Tempasuk Kota Belud Sabah Siri 2.


Ulasan Buku

Arkib

Pengarang Tempatan Kami

Mutiara Kata

"Tidur itu nyenyak… Dan buku itu lebih baik."

Waktu Operasi Ibu Pejabat

Tutup Pada Cuti Umum, Kecuali Perpustakaan Tanjung Aru

088-214828, 231623 Faks: 088-270151
hq.ssl@sabah.gov.my
Jalan Tasik, Off Jalan Maktab Gaya, Locked Bag 2023, 88300 Luyang, Kota Kinabalu, Sabah, Malaysia.