Bulan Ramadan Al Mubarak telah berkunjung tiba pada 12hb Mac 2024 dan tentunya akan memberikan semangat kepada umat islam untuk meneruskan ibadah. Bulan yang mulia, bulan yang penuh dengan keberkatan, kerahmatan dan keampunan.
Firman Allah S.W.T dalam Surah Al-Baqarah (ayat 183 dan 185) “Wahai orang-orang yang beriman! Kamu diwajibkan berpuasa sebagaimana diwajibkan ke atas orang-orang yang dahulu daripada kamu, supaya kamu bertaqwa”.
Bulan Ramadhan merupakan bulan yang disyariatkan untuk umat Islam berpuasa dan sentiasa mendidik diri dengan sifat-sifat taqwa. Marilah kita bersama-sama merebut peluang untuk bermuhasabah, memperbaiki diri dan memperbanyakan amal ibadah di bulan yang suci ini.
TERAPI TERHADAP REMAJA
|
|
Penulis Terbitan |
Ulasan oleh Asimah Abdul Hag, Perpustakaan Negeri Sabah cawangan Kunak
Buku Terapi Terhadap Remaja karya Rabiatul Adawiyah membincangkan pelbagai isu penting yang sering dihadapi oleh golongan remaja dalam kehidupan seharian. Zaman remaja merupakan satu fasa perkembangan yang penuh dengan pelbagai cabaran, termasuk perubahan emosi, tekanan sosial dan pencarian identiti diri. Melalui pendekatan yang santai dan mudah difahami, penulis mengupas beberapa konflik yang boleh dihadapi oleh remaja, termasuk kebimbangan, keyakinan diri serta masalah komunikasi dengan keluarga.
Buku ini turut mengetengahkan beberapa kaedah yang boleh membantu remaja mengurus emosi dan menghadapi tekanan dengan lebih baik. Antaranya termasuk kaunseling, penulisan jurnal dan aktiviti refleksi diri yang dapat membantu meningkatkan kesedaran terhadap emosi serta pemikiran sendiri. Penulis turut menggunakan contoh situasi yang dekat dengan kehidupan remaja, sekali gus menjadikan kandungan buku lebih mudah difahami dan relevan dengan pengalaman pembaca.
Pendekatan yang digunakan dalam buku ini memberikan panduan kepada pembaca tentang kepentingan mengenali emosi, berkomunikasi dengan baik dan mendapatkan sokongan yang sesuai apabila berhadapan dengan cabaran. Hal ini penting kerana sokongan daripada keluarga, pendidik dan individu yang dipercayai dapat membantu remaja menghadapi pelbagai perubahan dan cabaran dalam fasa kehidupan mereka.
Secara keseluruhannya, Terapi Terhadap Remaja merupakan bahan bacaan yang bermanfaat bukan sahaja kepada golongan remaja, malah kepada ibu bapa dan pendidik. Bahasa yang digunakan mudah difahami dan tidak terlalu teknikal, menjadikannya sesuai untuk pelbagai lapisan pembaca. Buku ini turut memberikan kesedaran tentang kepentingan penjagaan kesejahteraan emosi serta membantu remaja membina pemahaman diri dan menghadapi cabaran kehidupan secara lebih positif.
Buku ini merupakan salah satu koleksi di Perpustakaan Negeri Sabah Cawangan Kunak. Sekiranya berminat untuk mengetahui lebih lanjut atau membuat pinjaman, orang ramai boleh menghubungi talian 089-851248 atau 089-852995. Buku ini juga boleh didapati di Perpustakaan Negeri Sabah yang terdekat. Layari laman sesawang www.library.sabah.gov.my atau hubungi talian 088-321623, 088-214828 dan 088-256192 untuk mengetahui ketersediaan buku.
English
Malay