Select your language

VARIASI SENI MENGAIT

Penulis
NIK AZIZAH DAUD

Terbitan
SHAH ALAM: ALAF 21, 2006. 175 MUKA SURAT.

 Ulasan oleh Reimny @ Regina binti Tatu, Perpustakaan Desa Kampung Bolotikon, Papar

Mengait merupakan salah satu seni kerja tangan yang lahir daripada bakat dan minat seseorang. Dengan hanya melihat sesuatu hasil kaitan, seseorang boleh mencuba membuatnya sendiri meskipun tanpa asas yang kukuh. Setelah berjaya menghasilkan kreativiti sendiri, pastinya semangat untuk terus memperdalam ilmu mengait akan semakin meningkat.

Bagi mereka yang ingin mempelajari teknik mengait tanpa menghadiri kelas formal, buku Variasi Seni Mengait adalah pilihan terbaik. Buku ini disusun khusus sebagai panduan yang ringkas, padat dan mudah difahami. Setiap contoh mengait disertakan dengan foto berwarna, arahan langkah demi langkah yang jelas, serta tip-tip berguna untuk membantu pemahaman pembaca.

Antara kandungan utama buku ini termasuk:

  • Knitting (kait jarum dua)

  • Krusye (kait jarum satu)

  • Kaitan pita

  • Sulaman tangan

  • Sulaman hiasan dinding

  • Sulaman tampal cantuman

Beberapa contoh hasil kaitan turut dipaparkan sebagai inspirasi, antaranya selendang, sarung tangan, stokin, topi kanak-kanak, serkup teko, selimut, langsir dan pelbagai projek seni kait lain.

Penulis turut berkongsi cabaran dalam proses menyiapkan buku ini, termasuk rasa rendah diri kerana usia dan kurang pengalaman berbanding penggiat seni yang lebih profesional. Namun, dengan semangat dan ketekunan, buku ini berjaya dihasilkan. Penulis juga menekankan bahawa seni mengait bukan sahaja hobi mengisi masa lapang, malah berpotensi menjadi sumber pendapatan.

Secara keseluruhannya, Variasi Seni Mengait bukan hanya buku teknik mengait, tetapi juga karya yang memotivasikan pembaca untuk menghargai seni tradisional, kesabaran, ketekunan dan sokongan keluarga. Buku ini sangat sesuai sebagai rujukan bagi sesiapa yang ingin mempelajari atau memperkembangkan kemahiran mengait dan menyulam.

Untuk maklumat lanjut tentang buku ini, anda boleh berhubung terus dengan Pengawas Perpustakaan Desa Bolotikon untuk tempahan dan pinjaman. Selain itu, pembaca boleh mengunjungi Perpustakaan Negeri Sabah yang terdekat atau melayari laman sesawang www.library.sabah.gov.my atau menghubungi talian 088-321623, 214828, 256192 bagi mengetahui status ketersediaan buku ini.

Ulasan Buku

Arkib

Pengarang Tempatan Kami

Mutiara Kata

"Kalau kamu hanya membaca buku yang dibaca semua orang, kamu hanya bisa berpikir sama seperti semua orang." - Haruki Murakami

Waktu Operasi Ibu Pejabat

Tutup Pada Cuti Umum, Kecuali Perpustakaan Tanjung Aru

088-214828, 231623 Faks: 088-270151
hq.ssl@sabah.gov.my
Jalan Tasik, Off Jalan Maktab Gaya, Locked Bag 2023, 88300 Luyang, Kota Kinabalu, Sabah, Malaysia.