Select your language

MEMELIHARA WALET

Penulis
SIDANG RIDAKSI AGRO MEDIA

Terbitan
KUALA LUMPUR: SYNERGY MEDIA. 53 MUKA SURAT.

 Ulasan oleh Rosalynda Binti Robert, Pelajar Latihan Industri Perpustakaan Negri Sabah

Buku “Memelihara Walet” merupakan sebuah panduan agro industri yang komprehensif, khususnya kepada mereka yang ingin memahami dan menguasai perniagaan ternakan burung walet (Aerodamus spp). Karya ini secara bijak memulakan perbincangan dengan memperkenalkan spesies walet yang menghasilkan sarang bernilai tinggi dan menerangkan peralihan kritikal daripada kaedah kutipan berisiko tinggi di gua abrasi kepada sistem pemeliharaan yang lebih moden dan terkawal di rumah buatan. Dengan ini, kejayaan industri ini terletak pada pemahaman mendalam tentang biologi walet serta kepentingan menjaga kesinambungan populasi, khususnya spesies walet putih.

Langkah seterusnya yang paling penting adalah penubuhan habitat buatan yang sempurna. Tambahan pula, dengan memberikan penekanan strategik pada pemilihan lokasi yang harus sunyi, terpencil dari pencemaran, tetapi kaya dengan sumber makanan walet seperti kawasan pertanian dan badan air. Faktor iklim mikro di dalam rumah walet haruslah mempunyai suhu 26 sehingga 30 darjah celsius dan  kelembapan 70 peratus sehingga 90 peratus mesti dikawal ketat dengan bantuan kolam air di lantai bangunan. Selain itu, perincian konstruksi, reka bentuk bangunan bertingkat, pemasangan sirip sebagai tempat walet bersarang, serta reka bentuk lubang keluar masuk dan sistem pengudaraan yang efisien juga diperlukan untuk meniru persekitaran gua yang optimum.

Setelah struktur fizikal disiapkan, usaha menarik walet menjadi fokus utama. Buku ini menyarankan pendekatan dwimatra dengan menggunakan bau dan bunyi. Aroma seperti najis walet dan air cucian sarang disarankan untuk disebarkan kerana dapat menghasilkan ilusi koloni yang mapan dan menarik walet perintis. Kaedah paling berkesan ialah dengan menggunakan audio rakaman suara walet untuk memanggil burung masuk pada waktu-waktu tertentu. Selain itu, buku ini memperkenalkan teknik pengurusan populasi yang lebih maju seperti “Pancing Telur”, yang bertujuan untuk mempercepatkan pembiakan walet putih dengan menukar telur dengan spesies walet lain. Disamping itu, menggalakkan kaedah penetasan. Kaedah ini adalah pilihan yang paling mesra alam kerana ia memastikan induk walet tetap berada di rumah pemeliharaan walaupun sarang mereka diambil, dengan telur walet ditukar kepada telur penetasan buatan.

Justeru itu, buku ini membincangkan aspek komersial dan kualiti produk. Perniagaan sarang burung walet dilihat sebagai pelaburan jangka panjang yang berorientasi eksport, terutamanya ke pasaran besar seperti Hong Kong. Penekanan diletakkan pada pemahaman Piawaian Dagangan, di mana kualiti sarang diklasifikasikan berdasarkan warna dan bentuk daripada Sarang Putih dengan nilai tertinggi, Sarang Darah, sehinggalah Sarang Hitam dengan nilai terendah. Selain itu, buku ini mengupas khasiat nutrisi sarang burung walet yang kaya secara tradisional diyakini dapat meningkatkan imunisasi tubuh, walaupun ia mencadangkan pembacaan untuk mengambil maklumat khasiat perubatan dengan berhati-hati.

Secara keseluruhan, “Memelihara Walet” adalah sebuah karya rujukan yang cemerlang. Ia menggabungkan prinsip saintifik dan praktikal dengan lancar dan memberikan pengusaha satu manual yang lengkap dan bertanggungjawab. Untuk mengetahui lebih lanjut dan berminat tentang buku ini, boleh berkunjung di ibu pejabat Perpustakaan Negeri sabah atau perpustakaan yang terdekat. Selain itu, anda boleh melayari laman sesawang library.sabah.gov.my atau hubungi talian 088-231623, 234828, 256192 untuk mengetahui ketersediaan buku ini.

Ulasan Buku

Arkib

Pengarang Tempatan Kami

Mutiara Kata

"Tidur itu nyenyak… Dan buku itu lebih baik."

Waktu Operasi Ibu Pejabat

Tutup Pada Cuti Umum, Kecuali Perpustakaan Tanjung Aru

088-214828, 231623 Faks: 088-270151
hq.ssl@sabah.gov.my
Jalan Tasik, Off Jalan Maktab Gaya, Locked Bag 2023, 88300 Luyang, Kota Kinabalu, Sabah, Malaysia.