26 Jun ialah Hari Antarabangsa Membasmi Penyalahgunaan Dadah mengikut resolusi 42/112 pada 7 Disember 1987 oleh Perhimpunan Agung PBB.
Tema pada tahun ini, 2020, adalah “Better Knowledge for Better Care”. Ia merupakan satu inisiatif untuk menekankan keperluan untuk meningkatkan pemahaman mengenai masalah dadah di dunia dan bagaimana pengetahuan yang lebih baik mengenai ini akan mampu memupuk kerjasama antarabangsa yang lebih besar untuk mengatasi kesannya terhadap kesihatan, pemerintahan dan keselamatan.
Untuk memperingati hari ini, kami telah menyenaraikan beberapa buku yang berkaitan dengan dadah, remaja, dan kanak-kanak yang terdapat dalam koleksi kami. Jauhi lah dadah. Dadah boleh memusnahkan hidup anda dan keluarga anda.