![]() |
Kenali Sunita Sahidin Tempat lahir: Kinabatangan, Sabah Tahun lahir: 1975 |
Tentang Sunita Sahidin
Dilahirkan dan dibesarkan di Kampung Sukau, Kinabatangan, Sunita Sahidin mendapat pendidikan menengahnya di SMK Bukit Garam, Kinabatangan dan mempunyai minat menulis sejak zaman persekolahan lagi. Namun, hanya pada bulan November 2013 beliau mulai aktif dengan penulisannya. Sepanjang penglibatannya dalam bidang sastera, beliau telah menerima banyak penghargaan dan hadiah untuk karya-karyanya. Beliau merupakan pemenang Hadiah Utama dalam Sayembara Penulisan Kreatif Edisi ke-3 2013 melalui cerpen “Teratak Jingga”, Hadiah Penghargaan Peraduan Menulis Cerpen SEDCO-BAHASA pada tahun 2014 melalui cerpen “Tiada Lagi Hutang Tertunggak”, dan Hadiah Sastera Sabah (HSS) 2014/2015 melalui cerpen „Coretan Kecil‟.
Sunita Sahidin merupakan Presiden Kelab Penulis dan Aktivis Seni Kinabatangan, Sabah (KAPUK SABAH). Beliau sering terlibat dengan aktiviti membantu artis dan penyanyi tempatan Kinabatangan dengan lirik dan penulisan lagu mereka. Pada tahun 2018 dan 2019, beliau menerbitkan buku-buku bertajuk “Ayang Si Jaguh Kecil” and “Melaka Sinar‟.