![]() |
Kenali Cyril WongAsal/ Tempat Lahir: Brunei, Malaysia |
Tentang Cyril Wong
Cyril Wong dilahirkan pada 17 May 1961 di Brunei sebelum Hari Malaysia. Beliau banyak menghabiskan masa kecilnya di Seria, Brunei sebelum berpindah ke Sabah untuk meneruskan pendidikannya. Beliau bekerja di pelbagai syarikat dan telah terdedah kepada pelbagai pekerjaan, dari Jualan dan Hotel ke Industri Minyak dan Gas. Petronas merupakan syarikat terakhir beliau sebelum bersara di mana beliau memegang jawatan sebagai Eksekutif. Kini, beliau sudah bersara dan menetap di Kampung Dungkahang, Penampang. Beliau meluangkan masanya dengan melancong, fotografi dan berkebun.