![]() |
Kenali Awang Karim Abdul Kadir Tempat lahir: Sandakan, Sabah Tahun Lahir: 1964 |
Tentang Awang Karim Abdul Kadir
Awang Karim Abdul Kadir dilahirkan di Pulau Jambongan, Sandakan pada tahun 1964. Keluarganya sering berpindah dan mereka akhirnya menetap di Kampung Malubang, Pitas di mana beliau menghabiskan masa kecilnya dan mendapat pendidikan awal. Beliau sangat aktif dalam pelbagai aktiviti seperti menyanyi, berlakon di teater dan menulis. Beliau juga banyak menerbitkan puisi dan cerpen, bahkan terlibat dalam pembuatan siri drama dan dua buah filem. Cerpennya yang berjudul „Misteri Puru Mondou‟ muncul di Wadah, Mei 2018 dan terpilih sebagai penerima Hadiah Sastera Sabah (HSS). Pada tahun 2008, beliau menerbitkan bukunya yang berjudul "Aki Citra Sebuah Gunung : Kumpulan Drama Awang Karim Kadir".